THE 22ND MEETING OF THE PERLIS STATE FATWA COMMITTEE / 2016
11 JUN 2016 / 6 RAMADHAN 1437H
|
HUKUM BERTABARRUK DENGAN PENINGGALAN NABI SAW |
RULING ON SEEKING BLESSINGS (TABARRUK) FROM THE RELICS OF THE PROPHET ﷺ |
|
Pada umumnya bertabarruk (mengambil keberkatan) dengan peninggalan Nabi SAW sama ada jasad Baginda atau barang peninggalan yang disentuh oleh jasad Baginda, adalah dibolehkan dengan syarat menyakini bahawasanya keberkatan itu semuanya datang dari Allah SWT bukan daripada barang tersebut. Namun, keterlaluan (ghuluw) sehingga menjadikan tabarruk upacara ibadah yang diberikan tumpuan adalah dilarang. Atas alasan inilah Saidina ‘Umar bin al-Khattab telah memerintahkan agar dihapuskan pokok yang disangka menjadi tempat Bai’ah al-Ridhwan kerana dibimbangi berlaku syirik. |
In general, seeking blessings (tabarruk) from the relics of the Prophet ﷺ—whether his physical body or objects that were touched by him—is permissible, on condition that one firmly believes that all blessings come from Allah SWT alone and not from the object itself. However, going to excess (ghuluw) in this practice, to the extent that tabarruk becomes a ritual act of worship that is given undue focus, is prohibited. For this reason, Sayyidina ‘Umar ibn al‑Khaṭṭāb commanded the removal of the tree believed to be the site of Bai‘at al‑Riḍwān, for fear that it might lead to shirk. |
|
Walaupun begitu, para ulama semasa telah membuat kajian dan mentarjihkan bahawa tiada lagi sebarang peninggalan dari jasad atau barangan kegunaan Nabi yang boleh disabitkan kewujudannya dengan bukti yang sahih. |
Nevertheless, contemporary scholars have conducted studies and have given preponderance to the view that there no longer remains any relic from the body or personal belongings of the Prophet whose existence can be established with authentic evidence. |
|
Sebaliknya perbuatan mengadakan logo, replika, lambang, atau seumpamanya yang dikatakan menyerupai barangan atau kesan peninggalan Nabi lalu mengambil keberkatan daripadanya adalah perkara yang diadakan dalam agama yang dilarang. Jika hal ini dibiarkan maka berbagai-bagai replika, rajah, ilustrasi dan tangkal akan muncul seperti replika Kaabah, capal, unta, tapak kaki dan seumpamanya dengan tujuan mengambil berkat. Ini akan membuka ruang untuk manusia membina berhala atas alasan mengambil keberkatan. |
Conversely, the act of creating logos, replicas, symbols, or the like claimed to resemble items or traces of the Prophet's relics and then seeking blessings from them is an innovated matter in religion that is prohibited. If this is permitted, then various replicas, drawings, illustrations, and amulets will emerge such as replicas of the Ka'bah, sandals, camels, footprints, and the like with the purpose of seeking blessings. This will open the way for humans to construct idols under the pretext of seeking blessings. |
|
Manakala sekadar mengadakan logo yang tidak bercanggah dengan syariat Islam tanpa tujuan tabarruk seperti lambang bulan, bintang, bulan sabit, Kaabah, pokok kurma , pedang dan seumpamanya adalah dibolehkan. |
Whereas merely creating logos that do not contravene the sharī'ah of Islam without the purpose of tabarruk such as symbols of the moon, star, crescent, Ka'bah, date palm tree, sword, and the like is permissible. |
