THE 20TH & 21ST MEETING OF THE PERLIS STATE FATWA COMMITTEE / 2016
18 - 19 FEBRUARI 2016 / 9 - 10 JAMADIL AWWAL 1437H
|
FATWA BERKAITAN AHBASH |
FATWA CONCERNING AHBASH |
|
Islam adalah agama yang menyeru perdamaian dan islah antara manusia dan mengamalkan agama tanpa bersifat melampau. Islam melarang dari bersikap mudah mengkafir dan menyesatkan sesama muslim di atas sangkaan. Demikian Islam juga melarang mengubah tujuan perkataan atau tulisan pihak lain di atas perkara yang tidak mereka maksudkan. Setelah bermesyuarat, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis merumuskan seperti berikut: |
Islam is a religion that calls for peace and reconciliation (iṣlāḥ) among humanity and practising religion without being extreme. Islam prohibits being quick to declare apostasy (takfīr) and declaring fellow Muslims astray based on conjecture. Likewise, Islam also prohibits altering the meaning of the words or writings of other parties regarding matters they did not intend. After convening, the Perlis State Fatwa Committee concludes as follows: |
|
Ahbash adalah aliran yang diasaskan oleh Abdullah al-Harari al-Habashi yang mendakwa mereka beraliran Asya’irah, tetapi aliran Ahbash ini adalah sesat dan melampau (ghulu) dalam menghukum pihak lain. Asas kesesatan mereka bukan kerana aliran Asya’irah yang dipegang, tetapi kerana sifat melampau (ghulu) dalam mengkafir dan menyesatkan pihak yang berbeza. Mereka juga mengamalkan pendekatan mengutuk, mencerca dan memalsukan kalam pihak yang berbeza dengan mereka. Mereka telah mengkafirkan tokoh-tokoh ulama silam seperti Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Zahabi dan ulama semasa seperti al-Qaradhawi, al-Buthi, Ibn Baz, Ibn ‘Uthaimin, al-Albani, Mutawali al-Sya’rawi, Sayyid Qutb dan selainnya. |
Ahbash is a sect founded by 'Abdullāh al-Hararī al-Ḥabashī who claims they follow the Ash'arī school, but this Ahbash sect is deviant and extreme (ghuluww) in judging other parties. The basis of their deviation is not because of the Ash'arī school they hold, but because of the extreme nature (ghuluww) in declaring apostasy and declaring astray those who differ. They also practise an approach of condemning, vilifying, and falsifying the statements of parties who differ from them. They have declared apostate past scholarly figures such as Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Dhahabī, and contemporary scholars such as al-Qaraḍāwī, al-Būṭī, Ibn Bāz, Ibn 'Uthaymīn, al-Albānī, Mutawallī al-Sha'rāwī, Sayyid Quṭb, and others. |
|
Setelah meneliti fatwa-fatwa para ulama di peringkat antarabangsa seperti Dar al-Ifta’ Mesir (Majlis Fatwa Mesir), Majlis Fatwa Arab Saudi, fatwa Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Dr Wahbah al-Zuhaili, Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi dan lain-lain. Maka dengan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa aliran Ahbash adalah salah satu daripada aliran yang melampau, sesat dan menyesatkan. Kewujudannya dalam kalangan masyarakat Islam amat merbahaya. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpandangan bahawa aliran ini hendaklah dicegah dari dipegang dan disebarkan. |
After examining the fatwas of scholars at the international level such as Dār al-Iftā' Egypt (Egyptian Fatwa Council), the Saudi Arabian Fatwa Council, the fatwa of Dr. Yūsuf al-Qaraḍāwī, Dr. Wahbah al-Zuḥaylī, Dr. Muḥammad Sa'īd Ramaḍān al-Būṭī, and others, therefore, the Perlis State Fatwa Committee is of the opinion that the Ahbash sect is one of the extreme, deviant, and misleading sects. Its existence among Muslim society is extremely dangerous. The Perlis State Fatwa Committee is of the view that this sect should be prevented from being held and disseminated. |
