Penyelewengan Istilah Jihad Fi Sabilillah / Misuse Of The Term Jihad Fi Sabilillah

THE 18TH MEETING OF THE PERLIS STATE FATWA COMMITTEE / 2015
22 - 23 APRIL 2015 / 3 - 4 REJAB 1436H

 

PENYELEWENGAN ISTILAH JIHAD FI SABILILLAH

MISUSE OF THE TERM JIHAD FI SABILILLAH

Tujuan Jihad dalam Islam ialah untuk meninggikan atau memuliakan kalimah Allah. Mana-mana tindakan yang dilakukan atas nama Perang Jihad tetapi boleh membawa implikasi negatif terhadap Islam dan umatnya maka ia bukanlah jihad yang sebenar. Dengan itu, tindakan kumpulan-kumpulan yang menggunakan nama jihad yang telah memberikan kesan negatif kepada Islam bukanlah jihad, kerana telah menyalahi konsep dan disiplin peperangan di dalam Islam, seperti membunuh mereka yang tidak terbabit di medan perang dari kalangan para wanita, orang tua, kanak-kanak dan seumpamanya. Sebaliknya mereka telah melakukan dosa memburukkan nama agama Islam.

The purpose of jihad in Islam is to elevate or glorify the word of Allah. Any action carried out in the name of jihad warfare that may bring negative implications to Islam and its ummah is not true jihad. Therefore, the actions of groups that use the name of jihad and have caused negative effects on Islam are not jihad, because they have violated the concept and discipline of warfare in Islam, such as killing those not involved in the battlefield from among women, the elderly, children, and the like. On the contrary, they have committed the sin of tarnishing the name of Islam.

Maka, menyertai kumpulan-kumpulan militan seperti IS dan al-Qaedah bukanlah jihad yang disyariatkan. Seorang Muslim dilarang membabitkan diri ke dalam aktiviti yang tidak jelas atas nama peperangan jihad, apatah lagi yang jelas boleh membawa keburukan kepada umat Islam. Apa yang dilakukan oleh IS dan al-Qaedah tidak boleh dikaitkan dengan ajaran jihad di dalam Islam dan menyalahi pemahaman al-Salaf al-Soleh.

Thus, joining militant groups such as IS and al-Qaeda is not legislated jihad. A Muslim is prohibited from involving himself in activities that are unclear in the name of jihad warfare, much less those that clearly can bring harm to Muslims. What is done by IS and al-Qaeda cannot be associated with the teachings of jihad in Islam and violates the understanding of al-Salaf al-Saleh.

Publish modules to the "offcanvas" position.