THE 18TH MEETING OF THE PERLIS STATE FATWA COMMITTEE / 2015
22 - 23 APRIL 2015 / 3 - 4 REJAB 1436H
|
DAKWAAN MELIHAT NABI SECARA JAGA (YAQAZAH) |
CLAIMS OF SEEING THE PROPHET IN A WAKING STATE (YAQAZAH) |
|
Dakwaan seseorang melihat Nabi secara jaga (yaqazah) sama ada dalam bentuk hakiki ataupun ruh selepas kewafatan Baginda SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada mana-mana sahabat RA, sekalipun ketika saat-saat getir, seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan mereka. Demikian juga generasi Tabi’ien dan Atba’ al-Tabi’ien. |
Claims of a person seeing the Prophet in a waking state (yaqazah), whether in actual form or in spirit after His SAW demise, have never been transmitted through authentic narrations as occurring to any of the Companions RA, even during moments of distress, such as when differences of opinion arose among them. Similarly for the generation of the Tabi'in and Atba' al-Tabi'in. |
|
Kemungkinan berlakunya yaqazah secara ruh adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi. Begitu juga al-Qusyairi. |
The possibility of yaqazah occurring in spiritual form is a claim that is doubted and rejected by the verifying scholars (muhaqqiqin) such as al-Nawawi, Ibn Taymiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-'Asqalani, al-Sakhawi, and likewise al-Qushayri. |
|
Demikian juga dakwaan melihat jasad nabi di zaman ini secara jaga adalah tertolak. Apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama dalam hal ini adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam kenyataan mereka sendiri. Nukilan tersebut mempunyai berbagai versi yang berbeza-beza. Ada yang mendakwa melihat dengan Wijdan (pandangan hati), ada yang mendakwa melihat antara tidur dan jaga, ada pula yang mendakwa dengan hanya gambaran nabi (له مثالا), dan berbagai lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran yang tidak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. |
Similarly, claims of seeing the Prophet's physical body in this age in a waking state are rejected. What has been transmitted from a few scholars in this matter is confusing and contradicts their own statements. Such transmissions have various different versions. Some claim to see through wijdan (vision of the heart), some claim to see between sleep and wakefulness, others claim only the image of the Prophet (له مثالا), and various others. All these claims can be given various interpretations that do not necessarily carry the meaning of yaqazah as understood by certain parties. |
|
Selain itu, dakwaan melihat Nabi secara jaga (yaqazah) juga terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu kerosakan dengan berbagai tujuan seperti ‘Ujub dan Sum’ah. Justeru apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi mahupun jaga yang membabitkan implikasi syara’ seperti pegangan akidah, hukum hakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat. Begitu juga dengan dakwaan bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas. |
Furthermore, claims of seeing the Prophet in a waking state (yaqazah) are also vulnerable to satanic deception. It can open the door to corruption for various purposes such as self-admiration ('ujub) and ostentation (sum'ah). Therefore, any claims of seeing the Prophet, whether in dreams or whilst awake, that involve Shariah implications such as creedal beliefs, Shariah rulings and hadith authentication, are invalid and misguided. Similarly, claims that certain recitations can bring the presence of the Prophet into a gathering are also unfounded. |
