FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Hanya Permainan dan Sia-Sia

    Hanya Permainan dan Sia-Sia

    Information
    06 Januari 2023
    Peringatan al-Quran bahawa dunia ini hanya "permainan dan sia-sia" (Surah al-An'am ayat 32, Surah Muhammad ayat 36, Surah al-Hadid ayat 20) akan dapat kita lihat apabila kita benar-benar merenung kehidupan ini.   Masa berlari pergi, peristiwa-peristiwa yang terjadi dan baki kenangan yang tertinggal kini, benar-benar menjadi saksi bahawa kehidupan hanya sendiwara yang tidak pernah berhenti. Apa yang kita lihat, tidak seperti yang kita sangka. Apa yang kita sangka, mungkin hakikatnya sangat berbeda. Semalam tidak lagi sama seperti hari ini. Esok mungkin berubah lagi... Baca seterusnya

Peringatan al-Quran bahawa dunia ini hanya "permainan dan sia-sia" (Surah al-An'am ayat 32, Surah Muhammad ayat 36, Surah al-Hadid ayat 20) akan dapat kita lihat apabila kita benar-benar merenung kehidupan ini.
 
Masa berlari pergi, peristiwa-peristiwa yang terjadi dan baki kenangan yang tertinggal kini, benar-benar menjadi saksi bahawa kehidupan hanya sendiwara yang tidak pernah berhenti. Apa yang kita lihat, tidak seperti yang kita sangka. Apa yang kita sangka, mungkin hakikatnya sangat berbeda. Semalam tidak lagi sama seperti hari ini. Esok mungkin berubah lagi. Hanya yang dapat kita percayai dan pegang serta simpan dalam diri dan sanubari untuk kita kasihi ialah niat yang ikhlas yang disertai dengan amalan yang soleh.