• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Apakah Hukum Membunuh Anjing Liar?

 

 

 

kepala_anjing.jpg

 

 

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Mohon berikan penerangan mengenai atsar ini.

حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ طَحْلَاءَ حَدَّثَنَا أَبُو الرِّجَالِ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْتُلَ الْكِلَابَ فَخَرَجْتُ أَقْتُلُهَا لَا أَرَى كَلْبًا إِلَّا قَتَلْتُهُ فَإِذَا كَلْبٌ يَدُورُ بِبَيْتٍ فَذَهَبْتُ لِأَقْتُلَهُ فَنَادَانِي إِنْسَانٌ مِنْ جَوْفِ الْبَيْتِ يَا عَبْدَ اللَّهِ مَا تُرِيدُ أَنْ تَصْنَعَ قَالَ قُلْتُ أُرِيدُ أَنْ أَقْتُلَ هَذَا الْكَلْبَ فَقَالَتْ إِنِّي امْرَأَةٌ مُضَيَّعَةٌ وَإِنَّ هَذَا الْكَلْبَ يَطْرُدُ عَنِّي السَّبُعَ وَيُؤْذِنُنِي بِالْجَائِي فَأْتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاذْكُرْ ذَلِكَ لَهُ قَالَ فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَأَمَرَنِي بِقَتْلِهِ

Maksudnya: “Dari Abu Rafi' dia berkata, "Rasulullah menyuruhku untuk membunuh anjing-anjing, kemudian aku pun keluar untuk membunuhnya, maka aku tidak melihat anjing kecuali aku pasti membunuhnya. Tiba-tiba ada anjing yang mengitari suatu rumah, lalu aku pergi untuk membunuhnya, lantas seseorang memanggilku dari dalam rumah, 'Hai 'Abdullah, apa yang hendak kamu lakukan?' Aku lalu menjawab, "Aku ingin membunuh anjing ini, " Wanita itu lalu berkata, "Sungguh, aku ini adalah seorang wanita yang hidup sebatang kara, dan anjing ini membantuku mengusir hewan buas yang menggangguku, temuilah Nabi dan ceritakan hal ini." Lalu aku mendatangi Nabi dan menceritakan hal itu, akan tetapi beliau tetap menyuruhku untuk membunuh anjing itu." HR Ahmad No 25935. Isnadnya sahih menurut Syuaib Al-Arnauth.

Apakah kita masih disuruh membunuh anjing-anjing yang berkeliaran?

Jawapan:

Hadis arahan membunuh anjing termasuk dalam kumpulan hukum-hakam yang dimansukhkan. Dalam Sahih Muslim ada bab:

باب: الأمر بقتل الكلاب وبيان نسخه وبيان تحريم اقتنائها إلا لصيد أو زرع أو ماشية ونحو ذلك

Maksudnya: "Bab Berkaitan Perintah Membunuh Anjing Dan Penjelasan Pemansukhannya, Penjelasan Pengharaman Membelanya Melainkan Untuk Berburu, Bercucuk Tanam, Menjaga Haiwan Ternak Dan Seumpamanya"

Al-Imam al-Nawawi RH dalam Syarh Sahih Muslim 3/186 menukilkan perkataan al-Imam Abu al-Ma‘ali, Imam al-Haramin RH:

وَالْأَمْرُ بِقَتْلِ الْكِلَابِ مَنْسُوخٌ قَالَ وَقَدْ صَحَّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ أَمَرَ بِقَتْلِ الْكِلَابِ مَرَّةً ثُمَّ صَحَّ أَنَّهُ نَهَى عَنْ قَتْلِهَا قَالَ وَاسْتَقَرَّ الشَّرْعُ عَلَيْهِ عَلَى التَّفْصِيلِ الَّذِي ذَكَرْنَاهُ قَالَ وَأَمَرَ بِقَتْلِ الْأَسْوَدِ الْبَهِيمِ وَكَانَ هَذَا فِي الِابْتِدَاءِ وَهُوَ الْآنَ مَنْسُوخ

Maksudnya: “Perintah membunuh anjing-anjing adalah mansukh (telah dibatalkan). Telah sahih dari Rasululullah SAW perintah membunuh anjing-anjing di peringkat awal. Setelah itu sahih juga hadis baginda melarang mebunuh anjing-anjing dan inilah hukum yang kekal bersama dengan perincian yang telah kami sebutkan. Baginda juga ada memerintahkan membunuh anjing hitam keseluruhannya. Perintah ini juga di peringkat awal, dan setelah itu dibatalkannya juga.”

            Ataupun, perintah tersebut mungkin disebabkan ketika itu terdapat penyakit, di mana dengan kewujudan anjing-anjing tersebut adalah sesuatu yang merbahaya. Ini seperti penyakit rabies, Maka hadis ini mempunyai konteksnya. Hadis yang seperti ini boleh didapati dalam larangan memakan daging lembu:

عَلَيْكُمْ بِأَلْبَانِ الْبَقَرِ وَسَمْنَانِهَا وَإِيَّاكُمْ وَلُحُومِهَا فَإِنَّ أَلْبَانَهَا وَسَمْنَانَهَا دَوَاءٌ وشفاء ولحومها دَاء

Maksudnya: “Makanlah susu dan lemak lembu, jauhi kamu dari memakan dagingnya. Sesungguhnya susu dan lemak lembu itu terdapat penawar, manakala dagingnya terdapat penyakit.” (Riwayat al-Hakim dan beliau menilainya sebagai sahih. Demikian juga al-Albani dalam Sahih al-Jami’)

            Hadis ini juga memiliki konteknya iaitulah Nabi SAW menuturkannya ketika berlaku wabak. Ini kerana Nabi SAW sendiri pernah melakukan ibadah korban dengan menyembelih lembu seperti hadis ‘Aisyah RA dalam Sahih al-Bukhari:

أنَّ النبيَّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا، وحَاضَتْ بسَرِفَ، قَبْلَ أنْ تَدْخُلَ مَكَّةَ، وهي تَبْكِي، فَقالَ: ما لَكِ أنَفِسْتِ؟ قالَتْ: نَعَمْ، قالَ: إنَّ هذا أمْرٌ كَتَبَهُ اللَّهُ علَى بَنَاتِ آدَمَ، فَاقْضِي ما يَقْضِي الحَاجُّ، غيرَ أنْ لا تَطُوفي بالبَيْتِ فَلَمَّا كُنَّا بمِنًى، أُتِيتُ بلَحْمِ بَقَرٍ، فَقُلتُ: ما هذا؟ قالوا: ضَحَّى رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ عن أزْوَاجِهِ بالبَقَرِ

Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW pernah masuk menemui ‘Aisyah RA (dalam peristiwa Haji Wada’), beliau ketika itu dalam keadaan berhaid di Sarif (nama tempat) sebelum memasuki kota Mekah (dalam perjalanan haji dari Madinah ke Mekah), ketika itu ‘Aisyah RA menangis (kerana merasakan tidak dapat melakukan ibadat haji seperti orang lain). Baginda bersabda: “kenapa dengamu, apakah kamu didatangi haid?” Jawab ‘Aisyah: “Ya.” Baginda bersabda: “Haid itu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah untuk para wanita dari kalangan anak Adam. Lakukanlah apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang melaksanakan haji, melainkan tawaf di Kaabah.” (seterusnya beliau berkata) Ketikamana kami berada di Mina, dibawakan kepadaku daging lembu. Aku berkata: “Ap aini?” Mereka menjawab: “Rasulullah SAW melakukan korban untuk para isteri baginda dengan menyembelih lembu.”

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 144
Semalam 1955
Minggu Ini 144
Bulan Ini 47885

Keseluruhan 2697661

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  19/7/2024