FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks
Tazkirah Ringkas
  • Syurga Penawar Duka..

    Syurga Penawar Duka..

    Information
    21 September 2022
    Syurga Penawar Duka.. Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga. Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam... Baca seterusnya

IRSYAD HUKUM SIRI 22

Puasa di negara lain dan Beraya di negara Lain yang berbeza hari

Soalan:

Saya Mula berpuasa Ramadan tahun 2022 di Mekah iaitu pada 02.042022 dan sekarang berpuasa di Perlis. Sekiranya Raya pada 02.05.2022, jumlah hari saya berpuasa ialah 30 hari. Jika Raya pada 03.05. 2022, jumlah hari saya berpuasa ialah 31 hari. Setahu saya puasa Ramadan ialag 29 atau 30 hari. Saya mohon nasihat ustaz, jika raya pada 03.05. 2022 dan saya masih berpuasa pada 02.05. 2022 bersamaan dengan hari ke 31, apakah hukumnya?

Jawapan:

Hukum berkaitan puasa dan berhari raya adalah bergantung kepada tempat, di mana kita berada. Inilah pandangan yang telah ditarjihkan oleh ramai dari kalangan ulama.

al-Syarbini di dalam Mughni al-Muhtaj berkata:

(وإذا لَمْ نُوجِبْ عَلى) أهْلِ (البَلَدَ الآخَرِ) وهُوَ البَعِيدُ (فَسافَرَ إلَيْهِ مِن بَلَدِ الرُّؤْيَةِ) مَن صامَ بِهِ (فالأصَحُّ أنَّهُ يُوافِقُهُمْ) وُجُوبًا (فِي الصَّوْمِ آخِرًا) وإنْ كانَ قَدْ أتَمَّ ثَلاثِينَ؛ لِأنَّهُ بِالِانْتِقالِ إلى بَلَدِهِمْ صارَ واحِدًا مِنهُمْ فَيَلْزَمُهُ حُكْمُهُمْ. ورُوِيَ أنَّ ابْنَ عَبّاسٍ أمَرَ كُرَيْبًا بِذَلِكَ. والثّانِي: يُفْطِرُ؛ لِأنَّهُ لَزِمَهُ حُكْمُ البَلَدِ الأوَّلِ فَيَسْتَمِرُّ عَلَيْهِ (ومَن سافَرَ مِن البَلَدِ الآخَرِ) أيْ الَّذِي لَمْ يُرَ فِيهِ (إلى بَلَدِ الرُّؤْيَةِ عَيَّدَ مَعَهُمْ) وُجُوبًا لِما مَرَّ، سَواءٌ أصامَ ثَمانِيَةً وعِشْرِينَ بِأنْ كانَ رَمَضانُ أيْضًا عِنْدَهُمْ ناقِصًا فَوَقَعَ عِيدُهُ مَعَهُمْ فِي التّاسِعِ والعِشْرِينَ مِن صَوْمِهِ، أمْ تِسْعَةً وعِشْرِينَ بِأنْ كانَ رَمَضانُ تامًّا عِنْدَهُمْ (وقَضى يَوْمًا) إنْ صامَ ثَمانِيَةً وعِشْرِينَ؛ لِأنَّ الشَّهْرَ لا يَكُونُ كَذَلِكَ بِخِلافِ ما إذا صامَ تِسْعَةً وعِشْرِينَ لا قَضاءَ عَلَيْهِ؛ لِأنَّ الشَّهْرَ يَكُونُ كَذَلِكَ.

Maksudnya: “Dan apabila kita tidak mewajibkan (puasa) ke atas penduduk negeri lain (yang berbeza matali’) kerana ia jauh, jika terdapat seseorang bermusafir dari negeri yang melihat anak bulan (Ramadan) dan berpuasa awal, maka pandangan Asah, orang tersebut berpuasa bersama dengan mereka secara wajib, pada akhir puasa sekalipun dia telah sempurna 30 hari. Hal ini kerana dengan berlaku perpindahan ke negara mereka, orang itu menjadi salah seorang daripada mereka, maka wajib ke atasnya menurut hukum mereka (orang setempat). Ada diriwayatkan daripada bahawa Ibn ‘Abbas pernah memerintahkan Kuraib hal sedemikian. Pandangan kedua: “orang itu boleh berbuka (tidak berpuasa lagi untuk berhari raya), kerana dia wajib menurut hukum negara awalnya (tempat dia memulakan puasa), mkaa hukum itu berterusan bersamanya. Sesiapa yang bermusafir ke negara lain yang tidak kelihatan anak bulan Ramadan ke negara nampak anak bulan Ramadan (negara yang mula puasa awal sehari), dia wajib berhari raya bersama mereka (penduduk negara kedua) seperti yang telah dijelaskan. Sama ada puasanya menjadi 28 hari, disebabkan Ramadan di negara yang dikunjungi itu juga tidak sempurna dan mereka menyambut hari raya setelah 29 hari berpuasa, ataupun puasanya menjadi 29 hari, bilangan hari puasa sempurna di negara yang dikunjunginya. Orang seperti ini hendaklah qadha puasanya sehari jika jumlah hari puasanya 28 hari. Hal ini sedemikian kerana bilangan satu bulan tidak boleh 28 hari. Berbeza jika jumlah puasanya sebanyak 29 hari, di mana dia tidak perlu melakukan apa-apa qadha kerana, kerana bilangan satu bulan boleh berlaku 29 hari (bilangan hari minimum satu bulan.)”[1]

Kata al-Syeikh Muhammad bin Saleh al-‘Uthaimin RH:

إذا قدم الإنسان من بلد تأخر صومه إلى بلد تقدم صومه فإنه يجب عليه إذا أفطر أهل البلد الذي قدم إليه أن يفطر معهم؛ لأن هذا البلد ثبت فيه دخول الشهر، فكان هذا اليوم يوم عيد، وقد نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام العيدين، وعلى هذا فيجب على هذا الرجل الذي قدم من بلد تأخر صومه عن أهل هذا البلد الذي قدم إليه، يجب عليه أن يفطر مع أهل البلد الذي قدم إليه وما نقص فإنه يقضيه بعد العيد، فإذا كان قد صام ثمانية وعشرين يوماً، فإنه إذا أفطر يقضي يوماً، والعكس بالعكس، يعني لو قدم من بلد صاموا قبل البلد الذي قدم إليه فإنه يبقى حتى يفطروا، لقول النبي صلى الله عليه وسلم: «الصوم يوم يصوم الناس، والفطر يوم يفطر الناس، وقال بعض العلماء: إنه إذا أتم ثلاثين يومًا فإنه يفطر سرًّا، لأن الشهر لا يمكن أن يزيد على ثلاثين يومًا، ولا يعلن إفطاره؛ لأن الناس صائمون

Maksudnya: “Apabila seseorang dari satu negara yang lewat memulakan puasa bermusafir dan sampai di negara yang lebih awal memulakan puasa, wajib ke atasnya, jika penduduk negara tersebut berhari raya untuk dia berhari raya bersama mereka. Hal ini kerana, negara yang dikunjunginya itu telah sabit masuk bulan Syawal, maka hari itu adalah hari raya. Nabi SAW telah melarang berpuasa pada dua hari raya (raya Fitri dan Adha). Oleh kerana itu, wajib bagi orang yang sampai dari negara yang lewat berpuasa berbanding negara yang dikunjunginya untuk berhari raya bersama penduduk negara yang dikunjunginya itu. Apa-apa pengurangan yang berlaku, hendaklah diqadhaiaitulah apabila jumlah hari puasanya hanya 28 hari, maka hendaklah dia qadha puasa sehari. Berbeza jika dia dari negara yang puasa lebih awal dari negara yang dikunjunginya. Dia hendaklah kekal berpuasa sehinggalah penduduk negara yang dikunjunginya berhari raya berdasarkan hadis Nabi SAW: “Berpuasa adalah pada hari orang ramai berpuasa dan berhari raya adalah pada hari orang ramai berhari raya. Kata sebahagian ulama lain: Orang seperti itu jika telah berpuasa sebanyak 30 hari, dia boleh tidak berpuasa (untuk berhari raya) secara sembunyi. Ini kerana sebulan tidak mungkin lebih dari 30 hari. Namun jangan dia hebahkan hari rayanya, kerana penduduk setempat (di negara yang dikunjunginya) sedang berpuasa.”[2][3]

Kesimpulan: Sesiapa yang mengunjungi sesebuah negara yang akan menyambut hari raya lebih awal berbanding negara tempat dia memulakan puasa disebabkan perbezaan penetapan bulan Ramadan, di mana hari raya di negara yang dikunjunginya disambut pada hari yang ke 28 puasanya, maka hendaklah dia berhari raya bersama penduduk negara yang dikunjunginya itu dan mengqadha sehari puasanya. Jika puasanya telah mencukupi sebulan sama ada 29 atau 30 hari maka tidak perlu qadha.

[1]al-Khatib al-Syarbini, Shamsuddin, Muhammad bin Muhammad, Mughniy al-Muhtaj, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah 1421H/2000M, jld: 2, hal:145

[2] HR Abu Daud, Kitab al-Saum, Bab Yaum Akhta’ al-Qaum al-Hilal, hadis bila: 2323. al-Tirmizi, Bab al-Saum, Bab Ma Ja’a al-Saum Yaum Tasumun, hadis bil: 697. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’, hadis bil: 4287

[3] Al-‘Uthaimin, Muhammad bin Soleh,Majmu’ Fatawa wa Rasa-il, cetakan pertama 1423H/2003M, Dar al-Thurayya, Riyadh, jld: 19, hlm: 73

(Panduan hukum ini yang dijawab oleh Unit Buhuth Jabatan Mufti Negeri Perlis adalah bukan merupakan keputusan rasmi Fatwa Negeri Perlis)