• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Kerajaan Baharu Perlis Ikrar Sokong Dasar Ditetapkan MAIPs

Kerajaan Baharu Perlis Ikrar Sokong Dasar Ditetapkan MAIPs

IMG 20230101 WA0009

Kerajaan negeri berjanji akan terus komited dan sentiasa menyokong hasrat Raja Perlis dan Raja Muda Perlis melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ini juga adalah selari dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis dan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, istimewanya negeri Perlis berbanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia, ialah kerana amalan agama Islamnya berdasarkan akidah Ahlus Sunnah.
 
“Waljama’ah serta tidak taksub kepada mana-mana mazhab fekah, tetapi sentiasa berusaha menepati dalil yang sahih daripada al-Quran dan al- Sunnah,” katanya ketika Ucaptama pada program Malam Penghayatan Islam Peringkat Negeri Perlis Tahun 2022 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar, malam tadi.
 

Hadir sama Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Muhammad Azmir Azizan, Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim.

Mohd Shukri berkata, atas dasar dan semangat inilah maka enakmen-enakmen dan undang-undang di negeri Perlis ini telah digubal.

“Oleh yang demikian, cabaran yang paling besar bagi kami dalam hal ini ialah, bagaimana kaedah yang paling ampuh dan efisien dalam menerapkan ilmu serta penghayatan Islam yang sebenar yang berteraskan kepada Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah ini agar ia mendasar dan dapat diamalkan sepenuhnya oleh seluruh rakyat negeri ini,” katanya.

Mohd Shukri berkata, seperti yang termaktub dalam tujuh amanat Raja Perlis, institusi masjid dan surau hendaklah bebas daripada sebarang anasir yang boleh memecahbelahkan masyarakat, menimbulkan kegusaran dan ketidakselesaan awam seperti campur tangan politik kepartian, perkauman, ekstremis dan pengajaran agama yang bercanggah dengan pegangan negeri ini.

Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri melalui agensi-agensi agama khususnya dan pihak-pihak yang berkaitan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengajar agama tanpa kebenaran atau tauliah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs).

Katanya, ini kerana perkara tersebut jelas telah melanggar seksyen 33, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991.

Pada majlis berkenaan diadakan gimik Pelepasan Operasi Penguatkuasaan Syariah Negeri Perlis sempena Tahun Baharu. 

Sumber : Suara Merdeka 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1860
Semalam 2955
Minggu Ini 16702
Bulan Ini 99018

Keseluruhan 2410584

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  27/3/2024