• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Apakah Maksud Fesyen Yang Pelik ?

Apakah Maksud Fesyen Yang Pelik ?

Soalan: Saya peminat fesyen. Soalan saya kenapa Nabi s.a.w melarang pakaian yang dilihat ganjil atau pelik. Bagaimana mahu mengukur hal itu. Mohon penjelasan Datuk Mufti.

Jawapan Prof Dato Dr MAZA: Dalam hadis, Nabi s.a.w melarang pakaian syuhrah. Asal perkataan syuhrah bermaksud yang menonjol atau yang jelas nampak atau tersebar. Kita dalam Bahasa Melayu guna perkataan Arab ini iaitu masyhur bermaksud yang tertonjol atau yang tersebar. Ungkapan pakaian (libas / thaub ) syuhrah yang digunakan dalam hadis Nabi s.a.w, di mana baginda bersabda:

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبَ مَذَلَّةٍ

“Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, Allah akan memakaikannya pada Hari Kiamat pakaian kehinaan” (Riwayat Ahmad, Ibn Majah, Abu Daud. Hadis hasan)

Pakaian syuhrah yang dimaksudkan dalam hadis ia lah pakaian yang pelik bagi penduduk atau sesiapa yang berada di negeri atau tempat pakaian tersebut dipakai. Dalam ertikata lain pakaian yang menyalahi uruf setempat. Ia akan membuatkan mata orangramai tertumpu kagum atau rasa ganjil terhadap pemakai. Pakaian itu dipakai atas kesombongan yang ada dalam diri pemakaian. Tujuannya agar mata orangramai tertumpu padanya, merasakan diri istimewa samada di sudut kekayaan atau di sudut kewarakan beragama. Inilah yang dihuraikan oleh para ulama seperti al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H) dalam Nil al-Autar (lihat: 2/132. Mesir: Dar al-Hadith).

Maka, pakaian atau fesyen yang cantik tidak salah jika tidak menjadikan ia jelas menyanggahi uruf setempat sehingga menimbulkan rasa ganjil atau pelik di mata orangramai serta ia dipakai bukan kerana kesombongan dan bongkak. Ertinya, pakaian syuhrah itu dinilai berdasarkan uruf setempat dan niat pemakainya.

Maka, kemungkinan pakaian yang dilihat syuhrah di suatu tempat, tidak menjadi syuhrah di tempat yang lain. Niat juga memainkan peranan. Pakaian yang dilihat selekeh pun jika tujuan untuk menarik perhatian orang ramai tertumpu kepadanya agar mereka menganggap dirinya zuhud, wali dan seumpamanya juga termasuk dalam syuhrah. (lihat: Ibn Malik, Syarh Masabih al-Sunnah 5/24. Kuwait: Idarah al-Thaqafah al-Islamiyyah).

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 2986
Semalam 2955
Minggu Ini 17828
Bulan Ini 100144

Keseluruhan 2411710

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  27/3/2024