FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

π€ππ€ππˆπ‹π€ 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐔𝐃𝐔𝐇 𝐂𝐔𝐁𝐀 πŒπ„ππ„ππ“π”πŠπ€π π’π€πŠπ’πˆ
 
1. Saya hadir menyaksikan debat tentang tuduhan sesat ke atas S. Nazim al-Haqqani. Saya tidak mahu memutuskan secara rasmi kedudukan tarekat itu sehingga mesyuarat rasmi Fatwa Perlis nanti. Saya hanya ingin mengulas di sudut kaedah penghujahan. Mohon maaf, ini kerana, saya melihat cara penghujahan yang ganjil. Penghujahan yang jika diterima, tiada atau hampir tiada kes di dunia ini yang boleh disabitkan. Ini kerana pihak tertuduh menjadi penentu dalam menerima atau menolak bukti kesalahan yang dia lakukan.
 
2. Jika sesuatu ajaran sesat tidak membenarkan kita membuktikan kesesatannya melainkan dari sumber yang dia setuju sahaja, maka tiada ajaran sesat yang dapat dihukum sesat. Pastinya mereka tidak akan memilih bukti yang mengesahkan kesesatan mereka. Bayangkan, jika ajaran sesat seperti Ayah Pin yang disaksikan oleh kesesatannya oleh khalayak pengikutnya yang ramai. Mereka bersepakat mengakui perkara-perkara yang dia ajar mereka. Ada pula bukti tulisan dan rakaman. Apabila kita hendak memutuskan ia sesat, tiba-tiba pihak Ayah Pin memberitahu bahawa semua bukti itu tidak boleh diterima pakai melainkan percakapan atau kenyataan orang yang dia dilantik sebagai wakilnya sahaja. Jika selain dari orang yang dia lantik, pembuktian mereka tidak diterima. Padahal ajaran sesat itu telah disaksikan oleh mereka yang dia lantik dan mereka yang tidak dia lantik.
 
3. Jika kita menerima hujah itu, maka benar-benar membodohkan akal, atau terbabas dalam memahami kaedah-kaedah dalam penghujahan. Dalam kes menuduh sesuatu ajaran itu sebagai sesat, bererti ajaran itu berada di kandang tertuduh. Kita mendatangkan bukti-bukti yang mengukuhkan tuduhan. Selagi bukti itu kukuh atau ada sandaran yang diterima dari segi pembuktian, maka ia dibawa sebagai hujah dalam pertuduhan. Tidak semestinya bukti itu disetujui oleh tertuduh untuk dijadikan bukti. Sudah pasti tertuduh tidak mahu bukti yang membenarkan tuduhan terhadapnya. Jika dia diberikan ruang untuk memilih bukti tuduhan terhadapnya, pasti dia memilih bukti yang menunjukkan dia tidak bersalah.
 
4. Adapun untuk menentukan siapakah wakil yang sah bagi seseorang, itu dalam ruang yang dia ada hak seperti perkara-perkara di bawah kendali atau miliknya. Demikian juga dia berhak menentukan siapakah yang boleh meriwayatkan daripadanya, jika itu satu periwayatan. Namun, jika dia berdusta dalam periwayatan, ada saksi menunjukkan dia dusta, maka samada dia setuju saksi menjadi perawinya atau tidak, tuduhan dusta ke atasnya boleh dibuat walaupun oleh orang yang dia tidak setuju sebagai muridnya atau rawinya. Jika tidak, tiada rawi pendusta yang boleh dituduh dalam ilmu π‘Žπ‘™-π½π‘Žπ‘Ÿβ„Ž π‘€π‘Ž π‘Žπ‘™-π‘‡π‘Žβ€™π‘‘π‘–π‘™ (menghukum perawi yang ditolak dan diterima). Rawi-rawi dusta dituduh dusta berdasar apa yang orang lain dengar dia sebut, sekalipun dia tidak suka mereka dengar.
 
5. Di sini kita faham kenapa tokoh usul Mazhab Malik al-Imam al-Qarafi (meninggal 684H) dalam kitabnya yang terkenal π‘Žπ‘™-πΉπ‘’π‘Ÿπ‘’π‘ž Ψ§Ω„ΩΨ±ΩˆΩ‚ menyatakan betapa selama lapan tahun dia mengkaji perbezaan antara al-Riwayah (periwayatan) dengan al-Syahadah (penyaksian). Sehingga beliau menjadikan itu bab pertama bagi kitab tersebut. Walaupun beliau membahaskan hal-hal yang berkaitan syarat dan seumpamanya, tetapi yang penting dua perkara ini hendaklah dibezakan dalam pemahaman kita ketika menilai isu-isu atau perkara-perkara yang berlaku.
 
6. Ungkapan al-Quran dalam Surah Yusuf ayat 26 tentang bukti yang datang dari pihak tertuduh sendiri telah digunapakai dalam masyarakat muslim sejak dahulu iaitu ΩˆΨ΄Ω‡ΩΨ―ΩŽ Ψ΄Ψ§Ω‡ΩΨ―ΩŒ مِنْ أهلِها (telah bersaksi seorang saksi daripada keluarganya sendiri). Ungkapan ini merujuk kepada kes di mana keluarga, atau teman rapat, atau pengikut setia sendiri menjadi saksi dengan bukti atau hujah yang bercanggah dengan kepentingan diri orang tersebut. Dengan sebutan ungkapan itu dalam al-Quran, ia menjadi hujah bahawa penyaksian pihak yang rapat dengan seseorang yang menyanggahi kepentingannya, merupakan antara hujah yang kuat. Ini kerana mereka bukan pihak musuh, pastinya kejujuran mereka lebih tinggi.
 
7. Apabila guru tarekat seperti S. Nazim Haqqani mengajar ajarannya, maka dalam tempoh tersebut banyak anak muridnya. Mereka semua menjadi saksi atas ajarannya. Apatahlagi mereka itu masih setia dan bukan musuhnya. Apabila mereka bersepakat memberitahu hal yang sama apa yang dibuat atau diajar oleh guru mereka itu, maka itu antara bukti kukuh tentang ajarannya. Jika ada seorang yang hanya mendiamkan diri atau tidak memberitahu hal berkaitan, itu tidaklah membatalkan apa yang majoriti menjadi saksi tentang hal tersebut. Bahkan, jika ada seorang murid memberitahu apa yang berbeza dari majoriti sedangkan semua mereka dipercayai maka yang seorang itu dinilai π‘ π‘¦π‘Žπ‘§ (pelik) dari segi ilmu riwayat. Jika dia pada status daif maka dia π‘šπ‘’π‘›π‘˜π‘Žπ‘Ÿ dalam istilah kebanyakan ahli mustalah hadis khususnya yang mutaakhir.
 
8. Tidaklah boleh untuk seseorang berhujah hanya anak murid seorang ini sahaja boleh jadi saksi atau bukti. Ini penghujahan yang pelik. Jika dia berkata, hanya murid itu sahaja wakil sah syeikh mereka dalam berurusan atau mengambil tarekat, maka itu boleh diterima. Dalam kes tuduhan terhadap S. Nazim al-Haqqani, ini bukan kes mahu ambil sanad, atau tarekat atau wakil nikah atau harta. Ini kes tuduhan berdasarkan bukti-bukti yang diterima. Ini penyaksian kes, bukan periwayatan sanad atau perwakilan yang dilantik! Maka, mana-mana murid yang dipercayai atau kesepakatan penyaksian murid yang ramai lebih kuat dari seorang murid, sekalipun yang seorang itu murid kesayangan yang dilantik. Di sini penting memahami dan membezakan ilmu riwayat dan syahadat (penyaksian).