FAQHubungiMaklumbalasPeta Laman
Pilihan Bahasa
msen
Saiz Teks

Mengadulah Kepada Allah Dengan Setiap Kesusahan Yang Engkau Hadapi

(Oleh : Ustaz Mohammad Wafiq Bin Desa (Pegawai Isnad)

1. Ketikamana Musa AS berada dalam keadaan yang sukar setelah membawa diri ke Madyan Baginda pun berdoa:


رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ


"Wahai Tuhanku aku amat mengharapkan sesuatu yang baik dengan apa yang telah Engkau kurniakan"

(Surah al-Qasas:24)

 

2. Ketika Ayyub AS ditimpa ujian penyakit Baginda mengadu akan musibah itu kepada Allah:


أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ


"Sesungguhnya diriku telah ditimpa mudharat dan Engkaulah Yang Maha Pengasih dari sekalian yang mengasihani"

(Surah al-Anbiya':83)

 

3. Ketika Yunus AS berdukacita mengenang nasibnya yang berada dalam perut ikan nun yang gelap gelita, maka Baginda merintih akan segala kesalahannya dengan berkata:


لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ


"Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku daripada orang yang melampaui batas"
(Surah al-Anbiya':87)

 

4. Zakariya AS juga mengadu kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat walaupun Baginda sudah tua dan isterinya juga mandul dengan berdoa:


رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


"Wahai Tuhanku janganlah Engkau biarkan aku keseorangan, dan Engkaulah sebaik-baik yang mewarisi" (Surah al-Anbiya':89)
Maka dikurniakan Yahya AS kepada mereka berdua sebagai cahaya mata.

 

Sebagai seorang muslim janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah swt, mintalah kepada Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Mendengar lagi Maha Penerima Doa.

 

Barangkali kadang kala kita terlupa untuk berserah kepadaNya sedangkan kita tahu Dia lah Yang Maha Berkuasa.