• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Pendirian Terhadap Perbezaan Dalam Aqidah Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamā'ah & Pendirian Kepelbagaian Ahl Sunnah Wa Al-Jamā'ah Berkaitan Tazkiyah Al-Nafs

Pendirian Terhadap Perbezaan Dalam Aqidah Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamā'ah & Pendirian Kepelbagaian Ahl Sunnah Wa Al-Jamā'ah Berkaitan Tazkiyah Al-Nafs

 KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-67/2024

22-23 MAC 2024 / 11-12 RAMADAN 1445

 

                          Bil. 1/67       TAHUN 2024                                

 

1.   PENDIRIAN TERHADAP PERBEZAAN DALAM AQIDAH AHL SUNNAH WA AL-JAMĀ'AH

  • Aqidah yang wajib diikuti oleh umat Islam adalah aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah. Dalam masa yang sama kita mengakui wujud perbezaan tafsiran ulama Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah dalam perkara-perkara furū’ (cabang) aqidah.
  • Aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah yang dipilih untuk dijadikan pegangan adalah aliran Ahl al-Hadīth (أهل الحديث) atau Ahl al-Athar (أهل الأثر), kerana itu lebih mengikuti manhaj al-Salaf al-Ṣālih (السلف الصالح).
  • Dalam masa yang sama pendirian ini tidak menyesatkan apatah lagi mengkafirkan aliran/mazhab lain dalam aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah iaitu al-Asyā‘irah dan al-Māturīdiyyah. Pendirian ini tidak menghalang untuk kita berdiskusi secara harmoni dalam isu-isu furū’ aqidah tanpa permusuhan.
  • Kita hendaklah bermuamalat dengan pengikut aliran-aliran tersebut sebagai saudara seIslam dan sentiasa bekerjasama dalam perkara yang disepakati serta bertoleransi dalam perkara yang diperselisihkan.
  • Pendapat/ajaran yang jelas bertentangan dengan perkara-perkara prinsip aqidah (أصول العقائد) daripada pihak mana pun wajib ditolak dan dijelaskan kebatilannya, tanpa memandang latar belakang kelompok dan pengucapnya.
  • Ahl al-Sunnah wa al-Jamā'ah dengan kepelbagaian aliran sepatutnya dapat membangun ukhuwwah dan kerjasama yang lebih kuat dalam menghadapi pelbagai cabaran daripada aliran sesat dan ancaman terhadap umat.

2.   PENDIRIAN KEPELBAGAIAN AHL SUNNAH WA AL-JAMĀ'AH BERKAITAN TAZKIYAH AL-NAFS

  • Tazkiyah al-Nafs (penyucian jiwa) atau yang dinamakan dengan taṣawwuf adalah suatu bahagian penting bagi seorang muslim. Ibadah zahir ('amaliyyah) tanpa Tazkiyah al-Nafs akan menghilangkan nilai ihsan dalam kehidupan beragama seorang muslim.
  • Kaedah Tazkiyah al-Nafs hendaklah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Apa-apa sahaja cara atau ajaran berkaitan Tazkiyah al-Nafs yang secara jelas bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah adalah ditolak.
  • Pada asasnya, amalan-amalan kerohanian seperti bacaan ayat atau surah al-Quran tertentu, zikir, dan selawat, dianjurkan untuk diamalkan oleh seseorang selagi ada dalilnya daripada al-Quran dan al-Sunnah.
  • Walaubagaimanapun amalan yang tiada ketetapan daripada al-Quran dan al-Sunnah berkaitan cara, bilangan, tempat, atau waktu seperti bacaan ayat al-Quran tertentu, jumlah selawat atau zikir tertentu atau lafaz doa dan seumpamanya, adalah dibolehkan bagi seseorang menetapkan untuk dirinya sama ada pada cara, bilangan, tempat, atau waktu tanpa disandarkan kepada perintah syarak dan tidak bertentangan dengan syarak.
  • Tujuan Tazkiyah al-Nafs adalah untuk penyucian jiwa dari sifat-sifat yang dibenci oleh Allah Azza Wajalla seperti syirik khafī, sombong, 'ujub, sum'ah dan lain-lain. Tazkiyah al-Nafs bukan untuk mendapatkan perkara-perkara luar biasa, bukan pula untuk dijadikan sebagai medium mengangkat kebesaran diri bagi menunjukkan kesolehan kepada orang lain, dan bukan juga untuk mendapatkan keuntungan dunia.
  • Tidak dinafikan wujudnya dzawq yang benar, kasyaf, ilham, mimpi, karamah atau seumpamanya. Semua hal itu tidak ditolak selagi tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Hal-hal itu merupakan anugerah Allah Azza Wajalla untuk hamba-hamba-Nya yang soleh dan bukan menjadi hujah untuk mempercayai sesuatu yang baharu dalam akidah atau mengada-adakan amalan dalam ibadah.
  • Karamah yang paling tinggi bagi hamba-hamba yang Allah Azza Wajalla kasihi adalah istiqamah di atas aqidah yang benar, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia.
  • Salah satu wasilah untuk menyucikan jiwa adalah ziarah kubur dengan tujuan mengingati kematian, tanpa melakukan hal-hal yang bertentangan dengan sunnah apatah lagi yang merosakkan aqidah.

 

- TAMAT -

KEHADIRAN DAN PERSETUJUAN OLEH:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  5. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  6. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  7. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  8. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  9. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  10. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  11. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  12. Sahibul Fadhilah Dr Zaitun bin Rasmin
  13. Sahibul Fadhilah Ustaz Aidil bin Abdul Rahman
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 164
Semalam 1955
Minggu Ini 164
Bulan Ini 47905

Keseluruhan 2697681

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  19/7/2024