• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH

Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH

Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya.

Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis menangguhkan hukuman sehingga Kiamat nanti. Maka, tidaklah mustahil DIA menerima aduan hambaNYA yang tidaklah sejahat Iblis. Maka, berdoalah dan jangan putus asa.

ALLAH tidak pernah meletakkan perantara antara diriNYA dengan makhlukNYA. Berbicara kepada ALLAH tidak memerlukan temujanji, atau menunggu giliran, atau tempat yang khusus atau seumpamanya. Seorang hamba memanggil "Ya Rabbi!" suaranya terus sampai ke langit tinggi.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1168
Semalam 982
Minggu Ini 3240
Bulan Ini 21136

Keseluruhan 3093429

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024