Syurga Penawar Duka..
Jannah atau syurga merupakan khabar gembira dan pengubat dukacita insan terhadap apa sahaja kesakitan yang dilalui dalam kehidupan dunia ini. Segala derita dan keperitan dunia amatlah kerdil jika seseorang dapat memperolehi syurga. Betapa hebatnya keindahan dan kenikmatan yang maha agung yang dijanjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNYA yang akan menghuni syurga.
Apabila insan bangun setiap pagi di kesunyian malam yang akhir, membaca al-Quran dalam solat tentang keindahan dan kenikmatan syurga, terasa kerinduan yang dalam terhadap kehidupan akhirat. Kemudian, hadir Solat Subuh berjemaah, mendengar imam membaca ayat-ayat mengenai syurga, terasa luasnya harapan seorang insan bagi kehidupan hakiki, dan kerdilnya apa yang ada dalam kehidupan dunia ini.
Dr MAZA
7 sept 2022