• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Benarkah Setiap Wanita Wajib Hukumnya Menanam Rambut Yang Dipotong Supaya Tidak Dilihat Oleh Lelaki Ajnabi?


rambut.jpg

 

Soalan:

 Benarkah setiap wanita wajib hukumnya menanam rambut yang dipotong supaya tidak dilihat oleh lelaki Ajnabi?

Jawapan:

Wujud perbezaan pendapat ulama dalam permasalahan ini. Namun berdasarkan pandangan ulama mazhab Hambali, tiada lagi hukum aurat bagi bahagian yang telah terpisah dari badan seseorang. Dalam kitab Nail al-Marib bi Syarh Dalil al-Talib 2/138 dinyatakan:

فلا يجوز لهُ) أي: للرَّجُلِ (نظرُ شيءٍ منها، حتى شعرها المتصل،) أما الشعرُ المنفصلُ من الأجنبيةِ فيجوزُ لمسُهُ والنَّظَرُ إليه، وإن كان من محلِّ العورَةِ لزَوَالِ حُرْمَتِهِ بالانفصال

Maksudnya: “Maka tidak boleh bagi seorang lelaki melihat sesuatu dari wanita (yang ajnabiah) sehinggakan rambutnya yang masih bersambungan dengannya. Adapun rambut yang terpisah dari seorang wanita ajnabiah, maka harus menyentuh dan melihatnya, sekalipun (bahagian yang terpisah itu) dari kawasan aurat, kerana telah gugur pengharamannya dengan berlaku pemisahan.”

Pun begitu, jika memandang atau memegang rambut yang terpisah itu boleh menyebabkan rangsangan syahwat atau hal-hal lain yang tidak sewajarnya, maka mengelakkannya atau menjaganya itu sesuatu yang lebih baik.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1082
Semalam 982
Minggu Ini 3154
Bulan Ini 21050

Keseluruhan 3093343

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  09/12/2024