• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Rahmat Allah Di Akhirat

 

images 1

 

Soalan:

Assalamu'alaikum ustaz. Tentang hadis “100 rahmat Allah”. Allah turunkan satu rahmat tu ke dunia dan 99 ada di sisi-Nya. Adakah 99 rahmat tu Allah bagi penghuni syurga kan ustaz?

Jawapan:

Wa‘alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Benar, 99 rahmat yang Allah SWT simpan di sisi-Nya adalah untuk hamba-hamba-Nya di akhirat kelak khususnya ahli syurga. Dalam Sahih al-Bukhari (hadis no: 6469), daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الرَّحْمَةَ يَوْمَ خَلَقَهَا مِائَةَ رَحْمَةٍ، فَأَمْسَكَ عِنْدَهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً، وَأَرْسَلَ فِي خَلْقِهِ كُلِّهِمْ رَحْمَةً وَاحِدَةً

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menciptakan 100 rahmat. Allah simpan di sisi-Nya 99 rahmat dan menurunkan satu rahmat pada semua makhluk-Nya.”

Dalam Sahih Muslim (hadis no: 2725) daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ لِلَّهِ مِائَةَ رَحْمَةٍ أَنْزَلَ مِنْهَا رَحْمَةً وَاحِدَةً بَيْنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ وَالْبَهَائِمِ وَالْهَوَامِّ، فَبِهَا يَتَعَاطَفُونَ، وَبِهَا يَتَرَاحَمُونَ، وَبِهَا تَعْطِفُ الْوَحْشُ عَلَى وَلَدِهَا، وَأَخَّرَ اللهُ تِسْعًا وَتِسْعِينَ رَحْمَةً، يَرْحَمُ بِهَا عِبَادَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memiliki 100 rahmat. Allah menurunkan satu rahmat untuk jin, manusia, haiwan dan serangga. Dengan satu rahmat tersebut terhasilnya perasaan saling mengasihi sesama makhluk. Dengan satu rahmat tersebut juga seekor haiwan liar bersikap lunak kepada anaknya. Allah menyimpan 99 rahmat lagi dan dengan 99 rahmat tersebut Allah akan mengasihi para hamba-Nya (yang beriman) di hari kiamat.”

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 66
Semalam 1090
Minggu Ini 1156
Bulan Ini 19052

Keseluruhan 3091345

   Masa Capaian : 0.90 saat    Kemaskini :  09/12/2024