• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Hukum Muwalah (Berturutan) Antara Pasangan Solat Jamak

 

images 2

Soalan:

Apakah wajijb berturutan menunaikan solat Zohor dan ‘Asar secara jamak? Bagaimana pula jika ditunaikan solat jenazah selepas solat Zohor sebelum Asar yang hendak dijamakkan? 

Jawapan:

Menunaikan solat jenazah selepas menunaikan solat Zohor yang hendak dijamakkan dengan ‘Asar tidak memutuskan turutan atau muwalah (الموالاة) pasangan solat jamak.

Huraian

Jumhur ulama mensyaratkan muwalah (berturut-turut) yang bermaksud tidak dipisahkan antara dua pasangan solat jamak dengan sela waktu yang panjang pada adatnya seperti melebihi tempoh lima (5)  minit. Ini syarat yang dinyatakan bagi solat jamak taqdim. Ia bermaksud jika seseorang ingin melakukan jamak taqdim seperti solat Zohor dan Asar pada waktu Zohor, maka dia menunaikan solat Zohor pada waktu Zohor, kemudian diikuti dengan solat Asar tanpa sela waktu yang panjang. Jika dipisahkan dengan sela waktu yang panjang, hendaklah dia menunaikan solat Asar dalam waktu Asar. Jamak solat tidak dibenarkan lagi. Adapun bagi jamak ta’khir, tiada penetapan syarat tersebut kerana waktu pertama (Zohor) telah habis, yang ada hanya waktu kedua (Asar).

Sementara itu, terdapat pula dalam kalangan ulama yang tidak mensyaratkan muwalah (berturutan) bagi solat jamak. Maksudnya, jika seseorang solat Zohor atau Maghrib, kemudian setelah sela waktu yang lama, beliau hendak menjamakkan solatnya dengan menunaikan solat Asar pada waktu Zohor atau Isyak pada waktu Maghrib. Beliau boleh melakukan jamak tersebut sekalipun terdapat sela waktu yang panjang. Alasan pendapat ini ialah kebenaran jamak adalah untuk mendatangkan kemudahan. Jika cikenakan syarat mesti berturutan atau muwalah antara dua pasangan solat jamak, maka itu akan mejadi beban yang menafikan kemudahan yang syarak ingin berikan.  

Kesimpulan

al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin RH dalam al-Syarh al-Mumti’ 4/400 berkata:

وقد ذكر شيخ الإِسلام رحمه الله نصوصاً عن الإِمام أحمد تدل على ما ذهب إليه ، من أنه لا تشترط الموالاة في الجمع بين الصلاتين تقديماً ، كما أن الموالاة لا تشترط بالجمع بينهما تأخيراً، والأحوط أن لا يجمع إذا لم يوالِ بينهما ، ولكن رأي شيخ الإِسلام له قوة

Maksudnya: “Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH telah menyebut teks dari al-Imam Ahmad yang menunjukkan pandangannya, bahawa tidak disyaratkan berturutan atau bersambungan pada jamak antara dua solat secara taqdim. Sama juga tidak disyaratkan bersambungan untuk jamak secara ta’khir. Namun yang lebih berhati-hati ialah tidak melakukan jamak jika tidak bersambungan antara dua pasangan solat (seperti pandangan majoriti ulama). Akan tetapi pandangan Syeikh al-Islam (Ibn Taimiyyah) itu juga memiliki kekuatan.”

 

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1082
Semalam 982
Minggu Ini 3154
Bulan Ini 21050

Keseluruhan 3093343

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024