Soalan:
Apakah hukum AJK penyeleggaraan taman perumahan yang dilantik oleh penduduk taman, menggunakan wang kutipan penyelenggaraan taman dari penduduk untuk jamuan makan mesyuarat pengeleggaraan taman?
Jawapan:
Harus AJK Penyelenggaraan Taman Perumahan yang dilantik oleh penduduk taman perumahan menggunakan Wang Kutipan Pengelenggaraan Taman dari penduduk untuk jamuan mesyuarat penyeleggaraan taman. Ini kerana mesyuarat penyelenggaraan taman yang diadakan adalah termasuk dalam kerja-kerja penyeleggaraan taman perumahan tersebut. Apa yang penting pihak AJK hendaklah sentiasa bersikap amanah dengan wang orang ramai kerana hal itu dipertanggungjawabkan di dunia dan di akhirat.