Oleh: Bahagian Buhuth & Istinbath Jabatan Mufti Perlis
------------------------
Soalan:
Salam.. Ustaz, suami cucu perempuan dengan Tok perempuan dikira mahram atau tidak?
Jawapan:
Wa'alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh.
Seorang lelaki dengan nenek isterinya adalah mahram, berdasarkan ayat alQuran: وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ. “Dan para ibu isteri-isteri kamu.” (al-Nisa’: 23) Kalimah ummahat yang diterjemahkan sebagai “para ibu” adalah merujuk ibu dan ke atas. Dalam al-Mausu‘ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 37/368 dinyatakan:
اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى أَنَّهُ يَحْرُمُ بِالْمُصَاهَرَةِ عَلَى التَّأْبِيدِ .. أَصْل الزَّوْجَةِ، وَهِيَ أُمُّهَا، وَأُمُّ أُمِّهَا، وَأُمُّ أَبِيهَا وَإِنْ عَلَتْ؛ لِقَوْلِهِ تَعَالَى: { وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ } ، عَطْفًا عَلَى قَوْلِهِ تَعَالَى : { حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ
Maksudnya: “Para fuqaha bersepakat diharamkan melalui musaharah buat selama-lamanya… asal isteri (ibu-bapa dan ke atas), iaitulah ibu isteri, ibu kepada ibu isteri (nenek), ibu kepada bapa isteri dan ke atas berdasarkan firman Allah Taala: “Dan para ibu isteri-isteri kamu,” sebagai ‘ataf kepada firman Allah: “Dan diharamkan ke atas kamu semua kaum lelaki, ibu-ibu kamu…”