• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Membaca Surah Melalui Smartphone Pada Masa Yang Sama Juga Membaca Terjemahan Surah Tersebut Dalam Hati (Ada Terjemahan Di Bawah Baris Ayat) Ketika Solat Malam, Adakah Ini Dibenarkan?

smart phone

 

Soalan:

Saya belum banyak menghafaz surah. Jadi ketika solat malam, saya membaca surah dengan membaca melalui smartphone. Pada masa yang sama, saya juga membaca terjemahan surah tersebut dalam hati (ada terjemahan di bawah baris ayat). Adakah ini dibenarkan?

Jawapan:

Makruh seseorang melihat sesuatu yang tertulis selain al-Quran dengan syarat tidak melafazkannya. Al-Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ 4/95 menyebut:

وَلَوْ نَظَرَ فِي مَكْتُوبٍ غَيْرِ الْقُرْآنِ وَرَدَّدَ مَا فِيهِ فِي نَفْسِهِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ وَإِنْ طَالَ لَكِنْ يُكْرَهُ نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ فِي الْإِمْلَاءِ

"Dan sekiranya seseorang melihat kepada sesuatu yang tertulis selain al-Qur’an, lalu dia mengulanginya dalam hatinya, maka tidak batal solatnya, sekalipun lama. Tetapi hukumnya makruh. Hal ini dinaskan oleh al-Syafi‘I dalam al-Imla’."

Oleh itu, solat tidak batal dengan melihat kepada terjemahan yang ada bersama ayat al-Quran dengan syarat tidak membaca apa-apa selain al-Quran dengan lisan. Sebaliknya bacaan dengan lisan ketika solat hanya untuk membaca al-Qur’an. Bahkan jika seseorang hanya melihat kepada makna sesuatu ayat al-Quran dan hanya melintaskannya di dalam jantung hati, maka tidak mengapa, sekiranya dia memerlukannya.

Namun cara yang lebih baik, ialah melihat dahulu tafsir atau makna ayat-ayat yang akan dibacanya dalam solat, sebelum menunaikan solat, agar ia tidak melakukan sesuatu yang dibantah oleh sebahagian ulama lain. Selain daripada itu, panduan Nabi SAW dalam membaca surah selepas al-Fatihah dalam solat ialah:

ثُمَّ اقْرَأ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرآنِ

“…Kemudian bacalah apa yang mudah bersamamu daripada al-Qur’an..” (al-Bukhari dan Muslim)

Demikian juga hendaklah berhati-hati agar solatnya tidak hanyut dengan bacaan-baacan yang melalaikannya dari tujuan solat.

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 534
Semalam 571
Minggu Ini 1887
Bulan Ini 10478

Keseluruhan 3249355

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  16/7/2025