• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Baris Sebenar Bacaan بسم الله أوله وآخره

 

 

soalan.jpg

 

Baris Sebenar Bacaan بسم الله أوله وآخره

Soalan:

Ustaz bagaimana bacaan sebenar kalau terlupa baca bismillah sebelum makan? Bismillahi awwalahu wa akhirahu atau bismillahi awwalihi wa akhirihi atau bismillahi awwaluhu wa akhiruhu?

Jawapan:

Bacaan apabila terlupa membaca bismillah sebelum makan dinyatakan dalam hadis ‘Aisyah RA riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah, Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَذْكُرِ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى، فَإِنْ نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اسْمَ اللَّهِ تَعَالَى فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ أَوَّلَهُ وَآخِرَهُ

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah taala. Jika dia terlupa menyebut nama Allah taala di awalnya, maka bacalah: بِسْمِ اللَّهِ أَوله وَآخِره.” Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi Daud.

Bacaan ini boleh dibaca dengan dua cara bacaan:

[1] Boleh dibaca dengan: “awwalahu wa aakhirahu”: بِسْمِ اللهِ أَوَلَهُ وَآخِرَهُ maksudnya: “Dengan nama Allah ketika di awal dan ketika di akhirnya.”

Bacaan seperti ini berdasarkan pernyataan Abu al-Baqa’ (أَبُو الْبَقَاءِ) yang dinukilkan oleh al-Bujairami dalam Hasyiahnya yang mengatakan, yang baiknya adalah dibaca: أَوَلَهُ وَآخِرَهُ dengan hukum nasb kerana kedua-duanya zarfiyyah dengan diandaikan عِنْدَ أَوَّلِهِ وَعِنْدَ آخِرِهِ maksudnya “ketika awal dan ketika akhirnya”. Namun dibuang kalimah: عِنْدَ menjadikan kalimah: أوله dan; آخره yang merupakan mudhaf ilai mengambil baris kalimah عِنْدَ (mudhaf) yang dibuang. Jadilah barisnya أَوَلَهُ dan وَآخِرَهُ iaitulah berbaris fathah dan berhukum nasb.

[2] Boleh juga dibaca dengan bacaan: “awwalihi wa aakhirihi”: بِسْمِ اللهِ أَوَلِهِ وَآخِرِهِ maksudnya: “Dengan nama Allah di awal dan di akhirnya”. Bacaan kedua ini berdasarkan riwayat Ibn Hibban daripada Ibn Mas‘ud RA, Nabi SAW bersabda:

من نَسِيَ أَنْ يَذْكُرَ اللَّهَ فِي أَوَّلِ طَعَامِهِ، فَلْيَقُلْ حِينَ يَذْكُرُ: بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وآخره، فإنه يستقبل طعاماً جَدِيدًا، وَيَمْنَعُ الْخَبِيثَ مَا كَانَ يُصِيبُ مِنْهُ


Ungkapan “ketika akhirnya” atau “di akhirnya” dalam bacaan dimaksudkan kepada selain dari awal, maka ia merangkumi waktu pertengahan dan akhir.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 186
Semalam 366
Minggu Ini 1743
Bulan Ini 2434

Keseluruhan 3127201

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  03/2/2025