• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bolehkah Menunjukkan Gambar Mengandung di Media Sosial?

Bolehkah Menunjukkan Gambar Mengandung di Media Sosial?

Soalan: Bolehkah seseorang wanita yang hamil atau mengandung mempamerkan gambar perut memboyot di media sosial atau biasanya dipanggil baby bump?

Jawapan Prof Dr MAZA

1. Wanita yang mengandung apabila tempoh semakin matang maka benjolan bayi (baby bump) dalam perutnya akan makin jelas sekalipun jika dia berpakaian menutup aurat dengan sempurna. Hal itu memang tidak dapat dielakkan dan syarak tidak pernah menyatakan bahawa wanita yang mengandung tidak boleh terzahir benjolan bayi dalam perutnya kerana itu mustahil

2. Seseorang wanita memaklumkan kepada pihak lain termasuk di social media bahawa diri mengandung atas tujuan yang tidak menyanggahi syarak seperti untuk memberikan khabar gembira, tidak termasuk dalam larangan syarak. Meletakkan gambar diri mengandung di social media -dengan keizinan suami- dalam keadaan menutup aurat tanpa unsur-unsur godaan atau gambaran yang tidak baik, adalah dibolehkan. Ini kerana, hal itu sama seperti keadaan dirinya apabila berada di luar rumah yang dilihat oleh semua pihak. Tidak haram wanita keluar rumah dan dapat dilihat dirinya dengan syarat dia menutup aurat.

3. Adapun sengaja menonjol bahagian tubuh tertentu untuk boleh dilihat oleh bukan mahram seperti tonjolan perut atau seumpamanya dalam keadaan yang biasanya boleh mengundang perasaan keinganan lelaki kepada wanita adalah dilarang di sisi syarak. Ini sekalipun tubuhnya itu berpakaian atau dilapik pakaian. Apatahlagi jika tanpa pakaian atau berlapik maka ia jelas haram melainkan dalam keadaan yang memerlukan seperti perubatan, kemalangan atau seumpamanya.

4. Sikap wanita dalam berpakaian dan penonjolan diri menjadi imej diri mereka hendaklah mencerminkan wanita yang baik. Firman Allah tentang pakaian wanita muslimah:

ذَٰلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورٗا رَّحِيمٗا

(maksudnya) “cara (pakaian) yang demikian untuk mereka lebih dikenali (sebagai wanita yang baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu (oleh orang yang fasik)”. (Surah al-Ahzab, ayat 59).

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 207
Semalam 366
Minggu Ini 1764
Bulan Ini 2455

Keseluruhan 3127222

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  03/2/2025