Soalan: Bolehkah berdoa dalam keadaan tidak ada wuduk?
Jawapan:
Seseorang yang hendak berdoa kepada Allah, tidak disyaratkan dalam keadaan mempunyai wuduk. Sehinggakan orang yang berada dalam keadaan berjunub juga dibenarkan baginya untuk berdoa.
Wanita yang dalam keadaan haid diharamkan untuk mendirikan solat, namun masih boleh untuk berdoa. Berada dalam keadaan haid dan berjunub bukan bermakna dihalang untuk melakukan keseluruhan ibadah. Bahkan terdapat fuqaha yang menyebutkan anjuran menjawab azan termasuk juga untuk orang yang berhadas besar.
Selagi mana ada ruang dan peluang untuk berdoa, mintalah kepada Allah dengan penuh pengharapan dan keyakinan bahawa doa itu akan dimustajabkan.
Allah sentiasa mendengar doa dan rintihan hambaNya. Firman Allah dalam surah al-Ghafir ayat 5:
Maksud : “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”
Jawapan dijawab secara lisan oleh:
S.S Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(Mufti Negeri Perlis)