• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Benarkah Dosa Anak Perempuan Belum Berkahwin Ditanggung oleh Bapa?

Benarkah Dosa Anak Perempuan Belum Berkahwin Ditanggung oleh Bapa?

Soalan: Ada orang berkata, dosa anak perempuan yang belum berkahwin turut ditanggung oleh bapa hingga menerima azab di dalam kubur. Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut?

Jawapan Dato Dr MAZA:

 

Dalam Islam, setiap orang yang mukallaf (baligh, berakal dan sampai ajaran Islam secara jelas kepadanya) menanggung dosa sendiri. Tidak ada konsep pihak lain menanggung dosa orang lain. Apa yang ada ialah seseorang yang melakukan dosa dengan sengaja akan menanggung dosanya sendiri. Pihak lain hanya akan dihitung sebagai turut berdosa jika terlibat menyumbang sesuatu dosa itu berlaku, atau membiarkan kemungkaran itu berlaku sedangkan dia mampu mencegahnya. Ertinya, pembuat dosa yang asal tetap berdosa atas perbuatan tersebut, sementara orang lain tidak menanggung dosanya, sebaliknya menanggung dosa penglibatan mereka dalam dosa tersebut.

Hal ini disebut dalam al-Quran berulang kali.  Antaranya, firman Allah dalam Surah al-An’am, ayat 164:

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

(maksudnya): “dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”.

Semasa Haji Wada’ (Haji Perpisahan), Nabi s.a.w menyebut:

أَلَا لَا يَجْنِي جَانٍ إِلَّا عَلَى نَفْسِهِ. لَا يَجْنِي وَالِدٌ عَلَى وَلَدِهِ، وَلَا مَوْلُودٌ عَلَى وَالِدِهِ

“Ketahuilah bahawa seseorang penjenayah tidak melakukan jenayah melainkan dia sendiri yang menanggungnya. Dosa jenayah bapa tidak ditanggung oleh anak. Dosa jenayah anak tidak ditanggung oleh bapa” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dll. Sahih).

Maka dosa anak perempuan atau dosa isteri ditanggung sendiri oleh mereka. Adapun jika bapa dia cuai menunaikan tanggungjawab membimbing anak isteri ke jalan Allah sehingga menjerumuskan mereka ke dalam neraka, maka dia berdosa atas kecuaian kewajipan tersebut. Itu tidak menafikan seorang mukallaf tetap menanggung dosanya.  Namun, jika bapa atau suami memaksa isteri atau anak melakukan dosa dan mereka tidak mampu menentang paksaan tersebut, maka ketika itu pemaksa tersebut berdosa sepenuhnya. Juga, sesiapa yang ditipu oleh pihak lain sehingga dia terlibat dalam perbuatan dosa tanpa dia sengaja atau berniat, maka penipu tersebut menanggung dosa sepenuhnya.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 10
Semalam 1188
Minggu Ini 3270
Bulan Ini 21166

Keseluruhan 3093459

   Masa Capaian : 0.82 saat    Kemaskini :  09/12/2024