• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

GARIS PANDUAN DAN HUKUM PENGURUSAN KUTIPAN DERMA AWAM

KEPUTUSAN MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-66/2023

28-29 NOVEMBER 2023 / 14-15 JAMADIL AWAL 1445

 

                               Bil. 3/66  TAHUN 2023                                

 

GARIS PANDUAN DAN HUKUM PENGURUSAN KUTIPAN DERMA AWAM

 

  1. Kutipan derma oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi yang menjadi wakil untuk pihak lain, seperti kutipan untuk Palestin dan seumpamanya adalah di bawah akad wakalah yang mana pihak yang menjadi wakil wajib menunaikan tujuan derma yang diamanahkan seperti yang telah dipersetujui.  
  2. Kutipan derma oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi untuk dirinya sendiri, maka wang kutipan boleh digunakan menurut apa yang telah dimaklumkan kepada penderma.
  3. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi yang menjadi wakil bagi pihak lain dengan upah (Wakalah bi al-Ujrah) hendaklah menguruskan kutipan seperti yang dijanjikan dan tidak boleh membatalkan urusan tersebut tanpa mendapat keizinan dari penderma.
  4. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau mana-mana institusi yang mengutip derma boleh mengambil kos pengurusan atau selainnya dengan syarat dimaklumkan dengan jelas kepada penderma kadarnya sebelum penderma bersetuju untuk menderma.
  5. Jika tujuan derma itu telah tercapai sebelum wang berkenaan disampaikan kepada pihak terbabit, maka wang itu hendaklah:
    • Dikembalikan kepada penderma, atau;
    • Disalurkan kepada tujuan lain dengan mendapat keizinan penderma, atau;
    • Jika gagal untuk mengetahui keizinan penderma setelah berusaha tetapi tidak mendapat bantahan daripada penderma, maka wang itu hendaklah disalurkan ke tempat lain yang mempunyai tujuan yang setara atau lebih baik.
  1. Adalah haram bagi mana-mana pihak mengutip wang pihak lain tanpa menunaikan amanah seperti yang dimaksudkan oleh penyumbang atau mengaburi pihak penderma sehingga mereka tersalah sangka terhadap wang yang diberikan. Jika hal itu berlaku, wajib wang dikembalikan kepada pihak yang menderma atau meminta halal dari mereka.

Pihak berkuasa disarankan menggubal undang-undang untuk menghalang kutipan yang tidak jelas akad yang dinyatakan seperti tidak memaparkan kadar kos pengurusan atau selainnya yang diambil dari penderma, tidak mempunyai audit yang jelas dan seumpamanya.

- TAMAT –

Kehadiran Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis:

  1. Sahibus Samahah Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
  2. Sahibul Fadhilah Ustaz Tajul Urus bin Abdul Halim
  3. Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Johari bin Mat
  4. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle
  5. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Basri bin Ibrahim
  6. Sahibul Fadhilah Dr. Hj Zaharuddin bin Hj Abdul Rahman
  7. Sahibul Fadhilah Profesor Dr. Azman Bin Mohd Noor
  8. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr. Mohd Akram bin Dato’ Dahaman @ Dahlan
  9. Sahibul Fadhilah Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah
  10. Sahibul Fadhilah Dr Kamilin bin Jamilin
  11. Sahibul Fadhilah Prof Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar
  12. Sahibul Fadhilah Ustaz Syed Abu Bakar bin Syed Kamal Bharin
  13. Sahibul Fadhilah Dr. Muhammad Lukman bin Mat Sin
  14. Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidhir bin Abdul Ghani - Setiausaha

DIPERAKUKAN dalam Persidangan Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Bil 6 / 2023 pada 4 Disember 2023.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 1
Semalam 1188
Minggu Ini 3261
Bulan Ini 21157

Keseluruhan 3093450

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  09/12/2024