• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Fatwa Pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)

 MESYUARAT

JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-20 & 21/2016

18-19 Februari 2016

9-10 Jamadil Awwal 1437H  

FATWA PELABURAN AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

 

Setelah meneliti penerangan dan menilai kedudukan ASB, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan kedudukan ASB terbahagi kepada dua bahagian:

  1. Fatwa Untuk Orang Ramai

Hasrat umat Islam untuk menguasai pembahagian ekonomi dalam negara ini mesti disokong. Untuk menunaikan hasrat itu pihak kerajaan telah menubuhkan ASB. Ia satu-satunya pilihan strategik pada masa ini untuk masyarakat Islam Malaysia menguasai ekonomi secara kolektif. Walaubagaimana pun, didapati setakat ini pelaburan dan hasil keuntungan ASB adalah masih bercampur antara peratusan halal yang banyak dengan haram yang sedikit.

Setelah Jawatankuasa meneliti faktor-faktor berikut:

  1. Umat Islam di Malaysia secara umumnya amat dituntut menguasai pemegangan ekuiti di dalam Negara. Pengurangan pemegangan ekuiti strategik umat Islam di Negara ini akan menyebabkan Mafsadah (kemerbahayaan).  
  2. Majoriti pelaburan ASB ditujukan ke tempat yang halal. Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis dimaklumkan oleh pihak PNB bahawa usaha ke arah patuh syariah sepenuhnya sedang dijalankan.
  3. Setiap pelabur melabur secara pukal atas tujuan yang benar. Manakala pemilihan tempat pelaburan dan syarikat oleh pihak ASB dianggap di luar pilihan pelabur.

Maka, melabur dalam ASB berdasarkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dalam keadaan umat Islam tidak mempunyai pilihan setara selainnya dalam memelihara ekuiti negara adalah dibolehkan.

Di samping itu, bagi pihak pelabur yang berkemampuan hendaklah mendesak pihak ASB untuk memastikan pelaburan mereka patuh syari’ah sepenuhnya.

Dalam masa yang sama pelabur ASB dicadangkan melakukan pembersihan dengan kadar 20% daripada pulangan dividen yang diperolehi.[1]

Pembersihan itu boleh dilakukan dengan disalurkan ke pihak-pihak kebajikan yang tiada kepentingan secara langsung dengan pelabur.

 

  1. Fatwa Untuk PNB

Manakala pelaburan pihak PNB yang mengendalikan ASB di tempat yang menyalahi syara’ seperti institusi-institusi riba tanpa alas an syar’ie adalah haram dan wajib dihentikan.

Usaha ke arah patuh syari’ah secara sepenuhnya wajib dilaksanakan oleh pihak PNB dengan perancangan yang jelas bagi memastikan umat Islam menguasai ekonomi yang halal.

Dalam tempoh kekangan memastikan perlaksanaan halal sepenuhnya, pihak PNB hendaklah memaklumkan kepada para pelabur kadar pelaburan yang tidak patuh syari’ah untuk membolehkan pelabur melakukan pembersihan.            

 

[1]Pindaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali Ke-66 pada 28-29 November 2023.

 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 741
Semalam 982
Minggu Ini 2813
Bulan Ini 20709

Keseluruhan 3093002

   Masa Capaian : 0.83 saat    Kemaskini :  09/12/2024