• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kelebihan mengingati Mati

Kelebihan Mengingati Mati

(Oleh : Ustazah Nor Faezah binti Hassan (Pegawai Isnad)

 Kafan-Mayat.jpg

 

              Kematian adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh semua makhluk yang hidup tanpa terkecuali. Bahkan saban hari, kita akan dikejutkan dengan pelbagai berita kematian yang tidak kita sangkakan. Tanpa kita sedar, sebenarnya kematian semakin hari, semakin menghampiri kita.

Bahkan, kematian boleh berakhir dengan pelbagai situasi sama ada pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Namun, semua itu hanyalah di dalam pengetahuan Allah Swt, kita sebagai manusia tidak boleh sewenang-wenangnya menilai berdasarkan cara kematian seseorang. Oleh yang demikan, satu hal yang dapat mengingatkan kita untuk kembali kepada keimanan dan ketakwaan adalah mengingati kematian sebagaimana sabda Rasulullah SAW bersabda,

 

أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَاذِمِ اللَّذَّاتِ

 

“Perbanyaklah mengingati pemutus kelezatan” (Riwayat  An-Nasai)

 

Bahkan Nabi Saw juga, memberikan jaminan bahawa sesiapa yang paling banyak mengingat kematian dan mempersiapkan diri adalah mereka yang paling cerdas.

 

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ : كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنَ

الأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- ثُمَّ قَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْمُؤْمِنِينَ

أَفْضَلُ قَالَ : « أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا ». قَالَ فَأَىُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ : « أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا

وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الأَكْيَاسُ ».

Dari Ibnu ‘Umar, ia berkata, “Aku pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu seorang Anshor mendatangi beliau, ia memberi salam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, mukmin manakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Yang paling baik akhlaknya.” “Lalu mukmin manakah yang paling cerdas?”, ia kembali bertanya. Beliau bersabda, “Yang paling banyak mengingati kematian dan yang paling baik dalam mempersiapkan diri untuk alam berikutnya, itulah mereka yang paling cerdas.” (Riwayat  Ibnu Majah- Hasan).

 

Antara Faedah kita Mengingati kematian adalah:

 

1.Mengingat kematian adalah sebahagian dari ibadah.

 

Mengingati kematian merupakan  amal soleh yang akan diganjari pahala oleh Allah Swt. Hal ini kerana, dengan mengingati kematian,, kita akan menjadi orang yang senantiasa bertaubat dan menyesali kesalahan-kesalahan yang kita lakukan.

 

2- Mengingat kematian menjauhkan kita daripada melakukan kezaliman

 

Orang yang banyak mengingat kematian akan jauh dari perbuatan manzalimi orang lain, Karena ia mengetahui bahawa apa yang ia lakukan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Allah Ta’ala berfirman,

 

 

أَلَا يَظُنُّ أُولَئِكَ أَنَّهُمْ مَبْعُوثُونَ

 

“Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan.” (Surah Al-Muthoffifin: 4).

 

3- Mengingat kematian menjadikan seseorang semakin mempersiapkan diri untuk berjumpa dengan Allah. Sekurang-kurangnya  dengan mengingati mati menyebabkan kita sentiasa berhati-hati agar tidak melakukan sesuatu perkara yang menjererumuskan kea rah maksiat.

Oleh itu, perlu kita ketahui, mengingati mati bukanlah bermakna kita meminta lekas mati atau meninggalkan segala urusan dan tanggungjawabnya di dunia.

Sebaliknya, mengingati kematian mendorong kita menetapkan matlamat yang jelas dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Manusia yang sering mengingati mati akan sentiasa menyedari bahawa Allah SWT sentiasamengawasi setiap tindakan yang dilakukannya.

Marilah sama-sama kita bersedia menuju kearah kematian, dan janganlah lari daripada menghadapinya kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetap ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu lakukan(serta membalasnya).” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 8).

 

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 655
Semalam 885
Minggu Ini 1540
Bulan Ini 15092

Keseluruhan 3152601

   Masa Capaian : 0.80 saat    Kemaskini :  17/3/2025