• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Pengambilan Vape Haram Berdasarkan Fatwa Perlis

Pengambilan Vape Haram Berdasarkan Fatwa Perlis

KANGAR: Penggunaan rokok elektronik atau vape telah diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan keputusan yang dibuat pada tahun 2022.

Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan itu merosakkan diri dan orang lain, seperti yang disimpulkan oleh pakar kesihatan.

Oleh itu, ujarnya penggunaan vape adalah haram menurut pandangan syarak.

“Saya membaca fatwa berkaitan vape ini, Islam melarang Muslim menggunakan apa-apa bahan yang terbukti merosakkan diri atau orang lain tanpa justifikasi yang dibenarkan syarak,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penutup Simposium Guru Agama dan Majlis Penganugerahan Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Perlis 2024, di Dewan Warisan, di sini hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, dengan kehadiran Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Terdahulu, seorang pelajar tingkatan dua dikenakan tindakan penggantungan selepas dipercayai khayal akibat menghisap vape dan terjatuh dari bumbung pejalan kaki di sebuah sekolah di sini. – Sumber : HARAKAHDAILY 19/11/2024

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 762
Semalam 982
Minggu Ini 2834
Bulan Ini 20730

Keseluruhan 3093023

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  09/12/2024