• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Jabatan Mufti Negeri Perlis Raih Tempat Ke- 4 di Kejohanan Liqa' Mahabbah 2024

Jabatan Mufti Negeri Perlis Raih Tempat Ke- 4 di Kejohanan Liqa' Mahabbah 2024

SERDANG, 26 Ogos – Kejohanan Liqa' Mahabbah Jabatan Mufti Se-Malaysia yang berlangsung dari 22 hingga 26 Ogos di Universiti Putra Malaysia menyaksikan penyertaan 14 kontinjen dari seluruh negara. Sebanyak 11 acara sukan dipertandingkan dalam kejohanan ini antaranya sukan Bola Sepak, Petanque, Tenpin Boling, Badminton, karom dan dart.

Negeri Sarawak berjaya mengekalkan kejuaraan dengan catatan 48 mata, diikuti oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai naib johan dengan 45 mata. Tempat ketiga diraih oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu dengan kutipan 31 mata. 

Jabatan Mufti Negeri Perlis menduduki tempat keempat dengan himpunan 30 mata. Perlis berjaya merangkul pingat emas dalam acara memancing, pingat perak dalam acara badminton dan karom, serta pingat gangsa dalam acara dart. 

Kejohanan ini disempurnakan oleh YBhg. Dr. Muhamad Razak Bin Idris, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Agama, dan turut menyerahkan bendera Tuan Rumah Liqa’ mahabbah Jabatan Mufti Se Malaysia Kali ke 4 yang dijadualkan akan berlansung pada tahun 2026 kepada Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Liqa' Mahabbah ini bukan sahaja menggalakkan semangat kesukanan, tetapi juga mempererat ukhuwah antara jabatan-jabatan mufti seluruh Malaysia.

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 436
Semalam 534
Minggu Ini 970
Bulan Ini 8704

Keseluruhan 3120184

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  17/1/2025