• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Perlis Akan Laksanakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh Di Semua Masjid

Perlis Akan Laksanakan Solat Jenazah Ghaib Untuk Ismail Haniyeh Di Semua Masjid

Solat Jenazah Ghaib akan diadakan di seluruh masjid negeri Perlis atas pembunuhan pemimpin gerakan Islam terkemuka, Ismail Haniyeh, yang dikhabarkan terbunuh di Iran hari ini.

Dalam facebook rasmi Mufti Negeri Perlis, Profesor Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menulis dalam satu kenyataan berkaitan arahan kepada masjid-masjid negeri Perlis untuk melaksanakan solat jenazah ghaib atas kehilangan pemimpin tersebut.

Dalam perkongsian yang sama, beliau juga turut menzahirkan rasa dukacita beliau atas pembunuhan Ismail Haniyeh.

Menurut laporan berita al-Hijrah, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh bersama seorang lagi pegawainya di sebuah kediaman di Tehran, Iran. 

Semoga Allah mengurniakan pahala syahid buat Ismail Haniyeh dan menempatkannya di kalangan para syuhada'.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 76
Semalam 658
Minggu Ini 2207
Bulan Ini 6106

Keseluruhan 3244983

   Masa Capaian : 0.81 saat    Kemaskini :  08/7/2025