7 Jun 2024- Jumaat : Pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengeluarkan Teks Khutbah Jumaat yang bertajuk Keutamaan Beramal Soleh Pada10 Hari Terawal Zulhijjah. Tajuk ini selaras dengan ketibaan awal bulan zulhijjah yang akan tiba tidak lama lagi.
Khutbah minggu ini meganjurkan untuk beramal soleh dan kelebihan-kelebihan yang akan didapati berdasarkan sumber yang sahih. Yang dimaksudkan dengan 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah di sini adalah merangkumi hari-hari dalam bulan Zulhijjah bermula dari 1 Zulhijjah sampai habis hari-hari tasyriq, kesemuanya jika dihitung ialah sebanyak 13 hari.
Antara amalan soleh yang dianjurkan ialah bersegera melaksanakan ibadah haji, berpuasa pada hari Arafah, memperbanyakkan zikir dan amalan-amalan soleh yang lain . Kesemua ini merupakan peluang bagi kita untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan keberkatan di sisi Allah SWT.
Jabatan Mufti Negeri Perlis juga turut memuatkan pandangan berkenaan takbir Muqayyad. Kenyataan ini boleh didapati melalui Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Perlis di bawah slot Fatwa.
Teks Khutbah Jumaat pada 7 Jun 2024 ini boleh didapati dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.
Risalah berkenaan Kelebihan Dan Amalan Pada 10 Hari Awal Zulhijjah boleh didapati secara percuma di Jabatan Mufti Negeri Perlis.