6 Jun 2024- Kerajaan Negeri Perlis melalui Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah mengadakan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 pada 6 Jun 2024 di Hotel Putra Regency Kangar Perlis.
Pada majlis berkenaan, 2 orang kakitangan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 iaitu Ustaz Mohd Zulhilmi Bin Khobin dan Encik Danial Afiq Taqiyyudin Bin Abdul Jamil.
Seramai 126 penjawat awam daripada 20 agensi awam di Negeri Perlis turut sama menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023.
Penerima anugerah, En. Danial Afiq berkata, anugerah ini sebagai bentuk penghargaan dalam memupuk semangat kerja yang berdisplin dan berketrampilan dan menjayakan misi dan visi jabatan.
YB Setiausaha Kerajaan Negeri menyampaikan ucapan aluan bagi meraikan hadirin yang hadir. Beliau juga mengharapkan agar rakan-rakan penjawat awam yang lain turut berusaha memajukan jabatan masing-masing.
YAB Menteri Besar Perlis dalam ucapannya, turut mengingatkan kepada semua penjawat awam agar terus memberi komitmen dalam perkhidmatan. Beliau juga turut berbesar menyampaikan sijil penghargaan kepada semua penerima anugerah.
Turut hadir ketua-ketua jabatan di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Perlis.