• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Mimbar Jumaat Memperingatkan Kepada Bapa Yang Cuai Sebagai Punca Genarasi Yang Longlai

Mimbar Jumaat Memperingatkan Kepada Bapa Yang Cuai Sebagai Punca Genarasi Yang Longlai
31 Mei 2024- Mimbar Jumaat seluruh Negeri Perlis telah memperingatkan kepada mereka yang bergelar bapa atau ayah agar tidak mencuaikan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka. Hal ini perlu dititik beratkan agar tidak terjadi kesan buruk kepada generasi akan datang.  Aspek zahir seperti memberikan pakaian, tempat tinggal yang baik, ilmu pengetahuan, makanan dan sebagainya sepatutnya dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa melupakan aspek kerohanian dengan mengajarkan ilmu keagamaan seperti akidah, akhlak dan hukum syarak. 
 
Demikian juga, kecuaian dalam menjalankan amanah ini akan mengakibatkan dosa dan akan disoal di hadapan Allah di hari akhirat nanti. 
 
Mimbar Jumaat minggu ini  juga, turut memberi panduan kepada bapa dalam melaksanakan tanggung jawab yang besar. Antaranya ialah membina hubungan yang baik dengan anak-anak seperti sentiasa berkomunikasi dan sentiasa menitipkan pesanan kepada mereka. Selain itu, seorang bapa juga sentiasa memberikan contoh tauladan yang baik serta nilai kasih saying dalam memastikan keberkesanan dalam penyampaian dan tindakan.
 
Menurut Fahmi Abdul Samad yang merupakan salah seorang anak kariah Masjid al-Kauthar Paya, menyifatkan bahawa Khutbah Jumaat pada hari ini amat memberikan tauladan yang baik dan sesuai dalam konteks masa kini. Beliau berkata, ada sebahagian ibu atau bapa yang hanya menyerahkan urusan mendidik hanya kepada guru di sekolah dan kegagalan anaknya menjadi seorang yang baik turut diletakan di bahu pendidik. Perkara seperti ini sering kita lihat di media sosial dan perbualan ketika perjumpaan bersama guru di sekolah.
 
Semua khatib Negeri Perlis membacakan teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis seperti arahan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 7
Semalam 1188
Minggu Ini 3267
Bulan Ini 21163

Keseluruhan 3093456

   Masa Capaian : 0.85 saat    Kemaskini :  09/12/2024