30 Mei 2024- Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis MAIPs dengan Kerjasama kerjaan Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan Seminar Peradaban Ummah : Islam Jati Diri Melayu” Tahun 2024. Seminar ini diadakan di Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan PDRM Perlis bermula pada jam 8.30 Pagi-5.00 Petang. Program ini berlangsung selama dua hari bermula 29 Mei 2024 (Rabu) di IPT Sekitar Perlis .
Antara objektif penganjuran seminar ini adalah untuk menzahirkan peranan Islam dalam memandu peradaban ummah di Malaysia, Nusantara dan seluruh dunia. Selain itu, menjalinkan jaringan kerjasama dan perkongsian antara para ilmuan, pengkaji dan peserta dari pelbagai latar belakang, lokaliti dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing.
Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Dato' Arif Perkasa Prof. Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin turut sama menyampaikan Wacana Ucaptama Peradaban yang bertajuk 'Islam Jatidiri Melayu'.
Seminar ini telah disertai oleh wakil, wakil dari Negara Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura. Akhir dari seminar ini kita dapat memahami bahawa Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk jati diri Bangsa Melayu. Cara hidup, adat dan budaya masyarakat Melayu telah berubah dengan kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu, terutamanya pada abad ke-13 Masihi. Pemikiran masyarakat Melayu yang bercirikan animisme, kebanyakan telah terhakis dengan ajaran Islam yang sebenar berteraskan tauhid kepada Allah SWT.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Pemangku Raja Perlis Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) . Turut hadir kepimpinan Negeri Perlis dan para pembentang pada seminar berkenaan.