Oleh : Zulhilmi Khobin 20 Mac 2024 / Gambar : Zulfahmi Abd Samad
Kangar, 20 Mac 2024 Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan iftar jamaie bersama warga kerja jabatan di Masjid Alwi Kangar, Perlis.
Majlis iftar tahun ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran seluruh ahli keluarga warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perlis. Pemilihan lokasi iftar jamaie tahun ini dilihat sebagai salah satu usaha pihak jabatan untuk mempromosikan kempen ‘Jom Ramadan Di Perlis.
Puan Merani Kasa, pembantu tadbir jabatan menyatakan, iftar jamaei yang dianjurkan ini mampu untuk mengekalkan kesepaduan antara warga kerja dan berharap agar semua warga kerja dapat memberi perkhidmatan yang terbaik serta lebih cemerlang.
Ketua Jabatan, Mufti Negeri Perlis turut hadir memeriahkan suasana iftar bersama ahli keluarga beliau. Beliau menzahirkan rasa syukur atas peluang untuk berbuka puasa bersama warga kerja dan berharap agar seluruh kakitangan dapat mengekalkan ukhuwah sedia ada sekaligus melonjakkan prestasi ke tahap yang lebih cemerlang.
Warga kerja serta ahli keluarga turut menunaikan solat maghrib, isyak dan terawih bersama-sama di Masjid Alwi Kangar Perlis.