Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama UniMAP telah menganjurkan Program Ziarah Jabatan Mufti Negeri Perlis Bil 2/2024 bertempat di Surau Univeristi Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra Perlis. Program ini diadakan pada 6 Februari 2024 (Selasa) pada jam 10.00 Pagi.
Program ziarah ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan antara Jabatan Mufti Negeri Perlis secara umumnya termasuklah pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Negeri Perlis. Selain itu, program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua lapisan masyarakat berkenaan isu-isu semasa dan hukum hakam dalam agama Islam dan berkenaan dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis. Mereka yang hadir berpeluang untuk bertanyakaan secara terus kepada SS. Mufti Negeri Perlis.
Turut diadakan pada majlis tersebut, forum dan sesi soal jawab bersama YBhg. SS Dato Mufti Perlis. Forum ini telah dipengerusikan oleh Ts. Dr. Mohd Khairul Faizi Bin Abd Rahman dari UniMAP Perlis dan Pelancaran Kempen Hayya Ala-Solah (Ancaman Bagi Golongan Yang Meninggalkan Solat)
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran para pelajar UniMAP, wakil dari Sekolah Menengah Agama al-Madrasah al-Alawiyah Ad-Diniah Arau Perlis. Proogram ini juga turut dihadiri oleh para pensyarah dan pegawai UniMAP Perlis.
Turut diadakan pada program tersebut edaran buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Perlis Centre Of Wisdom dan Wakil dari Tabung Haji Kangar Perlis turut membuka booth bagi manfaat tetamu yang hadir.
Program ini juga telah dijalankan secara langsung menerusi Facebook rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Pro Media Tajdid dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Seramai hampir 400 orang hadir dalam program tersebut.