• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Perlis Kekal Kadar Zakat Fitrah RM7

PLS Zakat Fitrah Perlis

 

KANGAR : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah bagi umat Islam di negeri ini kekal seperti mana tahun-tahun sebelum ini iaitu RM7.

Kadar tersebut diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan persidangan mesyuarat MAIPs yang telah memperakukan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

“Selain bayaran tunai, umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak satu gantang Nabawi bagi setiap seorang bersamaan dengan 2.6 kilogram,” titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melancarkan kadar zakat fitrah tersebut bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1443H anjuran Jabatan Mufti negeri dan MAIPs di Tapak Cerapan Hilal Negeri Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda turut berkenan melancarkan penerbitan sebaran ‘Adab-adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah’ terbitan Jabatan Mufti negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, setiap orang Islam yang tinggal di Perlis wajib mengeluarkan fitrah seperti mana yang ditetapkan bagi dirinya, anak isteri, begitu juga tanggungan-tanggungannya.

“Umat Islam boleh mengeluarkan zakat fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya dalam talian melalui pautan https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maips.gov.my.,” katanya.

Sumber : Utusan 

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 5
Semalam 1188
Minggu Ini 3265
Bulan Ini 21161

Keseluruhan 3093454

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  09/12/2024