KANGAR, 24 Ogos - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berangkat untuk merasmikan Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis Ke-14 di di Kompleks Dewan Undangan Negeri, Kangar, Perlis.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa oleh YBhg SS.Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis. Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Keempat DUN Perlis Ke-14 ini akan berlangsung selama 3 hari, bermula hari ini.
Terdahulu, satu mesyuarat bersama agensi berkaitan antaranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perlis, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri (JPN) Perlis dan agensi berkaitan telah dilakukan bagi mendapat nasihat dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan lain berkaitan Covid-19.
Hanya individu yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, sihat dan tidak keluar dari negeri Perlis dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh persidangan sahaja yang dibenarkan masuk ke dewan persidangan