TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN KEBENARAN MERAPATKAN SAF DI MASJID SELURUH NEGERI PERLIS BERMULA 23 MAC 2021
Menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP Kesihatan dan Keselamatan yang telah ditetapkan, maka Baginda memperkenankan kebenaran merapatkan saf antara para jemaah di masjid-masjid seluruh Negeri Perlis berdasarkan ketetapan seperti berikut:
1. Jemaah yang hadir bersama keluarga yang tinggal sebumbung boleh merapatkan saf sesama mereka, dengan memastikan selain mereka perlu mengamalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter seperti yang ditetapkan dalam SOP Kesihatan dan Keselamatan.
2. Kebenaran ini terpakai untuk semua aktivti pengimarahan sama ada Solat Jumaat, solat berjemaah 5 waktu termasuk Solat Terawih dan kuliah pengajian di SEMUA MASJID seluruh negeri Perlis SAHAJA dan turut diperluaskan di SURAU ASRAMA manakala pelaksanaan sebarang aktiviti di surau seluruh negeri Perlis masih tidak dapat diizinkan.
Di kesempatan ini, saya turut meminta seluruh rakyat agar sentiasa mengutamakan integriti dan kejujuran dalam menjamin kelancaran pelaksanaan ketetapan yang terkandung dalam perutusan ini.
MENJUNJUNG SYIAR MEMAJU UMMAH
1 KURUN MAIPs: MENGUKUH QIADAH, MENGISLAH UMMAH
SYED FAIZUDDIN PUTRA IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P., P.A.T.
Doctor of Education (Honoris Causa) La Trobe University, Melbourne, Australia
Honorary Doctorate In Management Science, Yala Rajabhat University, Thailand
Raja Muda Perlis
Yang DiPertua
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
Termaktub di Istana Arau
02600 Arau
Perlis
Bertarikh : 22 Mac 2021 bersamaan 9 Syaaban 1442H
Rujukan: MAIPs. 100 - 6 Jld 7 (99)