Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat melancarkan simbolik ‘Perancangan Strategik MAIPs 2021-2025’ yang diadakan di Balai Menghadap Kuning, Istana Arau.
Tambah baginda lagi, beberapa perancangan melalui Pelan Strategik MAIPs 2021-2025 telah dirangka menerusi 6 teras utama yang telah dikenal pasti seperti ‘Pemantapan Agihan Holistik’, ‘Kelestarian Khazanah Dan Hasil’, ‘Mercu Tanda Gemilang’, ‘Pengiktirafan dan Penarafan’, ‘Kegemilangan Antarabangsa’ serta ‘Kebanggaan Organisasi Dan Turun Padang’.
Turut hadir, Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.
Mohd Nazim pula memaklumkan bahawa adalah diharapkan dengan adanya 6 teras utama tersebut, secara tidak langsung dapat membantu MAIPs dalam mengatur perancangan dengan lebih teliti, berkesan dan sistematik bagi merealisasikan segala hasratnya dalam mengangkat peranannya mencapai sasaran pencapaian dalam tempoh 5 tahun yang akan datang iaitu “Mengukuh Qiadah Mengislah Ummah”.