• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Langkah-Langkah Pelaksanaan Titah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Berkaitan Sambutan Aidilfitri Di Negeri Perlis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN TITAH DULI YANG TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN SAMBUTAN AIDILFITRI DI NEGERI PERLIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

Menjunjung Titah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dalam warkah Baginda dengan rujukan MAIPs. 100-6 Jld 7 ( 83 ) bertarikh 15 Mei 2020 bersamaan 22 Ramadan 1441H, sesudah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis, berikut adalah langkah-langkah pelaksanaan dan maklumat am berkaitan sambutan Aidilfitri di seluruh Negeri Perlis :

1. Surat ini hendaklah dibaca bersama-sama dan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada warkah DYTM Tuanku Yang DiPertua MAIPs dengan rujukan MAIPs. 100-6 Jld 7 ( 83 ) bertarikh 15 Mei 2020.

2. Semua anak-anak kariah hendaklah dimaklumkan dengan seberapa segera tentang panduan sambutan Aidilfitri ini. Bagi anak kariah yang tidak aktif di media sosial dan warga emas, penjelasan ringkas hendaklah diberi dari rumah ke rumah dengan kadar segera.

3. Berhubung amalan menziarah kubur pada hari raya, fatwa Negeri Perlis yang telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada tahun 2018 telah memerincikan :
“Umat Islam disunnatkan menziarahi kubur pada bila-bila masa tanpa mengkhususkan waktu dan hari tertentu sama ada hari raya atau selainnya....”
(Untuk rujukan lengkap, layari Portal Jabatan Mufti Negeri Perlis di pautan:
https://mufti.perlis.gov.my/…/179-fatwa-mengkhususkan-ziara… )

Apatah lagi, amalan menziarahi kubur ketika sambutan Aidilfitri bukan satu kemestian memandangkan ianya merupakan hari kegembiraan. Perbanyakkanlah doa kebaikan kepada mereka yang telah pergi sebelum kita.

Oleh itu, semua pintu pagar tanah perkuburan Islam di dalam kariah hendaklah tidak dibuka untuk mengelakkan kekeliruan, sehingga berakhirnya musim sambutan Aidilfitri. Bagi tanah perkuburan Islam yang tidak memiliki pagar yang sempurna, sekatan sementara hendaklah didirikan sehingga berakhirnya musim sambutan Aidilfitri. Semua pintu pagar dan sekatan sementara bagi tanah perkuburan Islam di dalam kariah hendaklah digantung dengan sesalinan surat ini.

4. Apabila masuknya 1 Syawal 1441H, pegawai masjid, ahli jawatankuasa kariah dan anak kariah terpilih dibenarkan untuk bertakbir menurut panduan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis, tanpa menggunakan rakaman kaset atau MP3. Takbir hendaklah dilaksanakan dengan bergilir-gilir dengan tidak melebihi 3 orang pada suatu masa, dengan menjaga penjarakan sosial dan memastikan peralatan pembesar suara dinyahkuman dari semasa ke semasa. Takbir pada malam hari hendaklah diberhentikan pada waktu yang sesuai untuk tidak mengganggu orang sakit, anak kecil dan warga emas yang perlu berehat dalam kariah.

5. Dengan melaksanakan pedoman pada arahan nombor (4) di atas, Jawatankuasa Kariah digalakkan untuk memulakan kembali takbir hari raya secara terus menerus bermula selepas Solat Subuh pada pagi 1 Syawal sehingga tidak melebihi jam 9.00 pagi. Selewat-lewatnya jam 9.00 pagi, takbir hendaklah dihentikan, dan hendaklah terus pulang ke rumah masing-masing untuk melaksanakan Solat Aidilfitri bersama-sama keluarga.

6. Jawatankuasa kariah turut digalakkan untuk mencetak salinan khutbah Aidilfitri yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis dan mengedarkannya kepada anak-anak kariah sebagai rujukan ketika berkhutbah.

Semoga Allah SWT dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya mengurniakan kemenangan dan kemudahan kepada kita semua dalam menangani wabak COVID-19 ini.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,
NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU”

Saya yang menjalankan amanah

(DR HAJI HAZMAN BIN HASSAN)

Pengarah 

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)

 

 

98310553 2570942806556531 7576014451183190016 n99136406 2570942846556527 7132152962943549440 n

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 56
Semalam 1090
Minggu Ini 1146
Bulan Ini 19042

Keseluruhan 3091335

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  09/12/2024