• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

COVID-19: Perlis Lanjutkan Penangguhan Solat Jumaat, Tarawih Dan Imarah Masjid Sehingga 31 Mei 2020

Kangar, 22 April 2020 - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengumumkan pelanjutan penangguhan solat jumaat, tarawih dan sebarang aktiviti pengimarahan masjid dan surau seluruh Negeri Perlis sehingga tarikh 31 Mei 2020.

Pengumuman ini dikeluarkan MAIPs bagi menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang dizahirkan baginda melalui surat perutusan kepada Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 17 April 2020.

Tindakan pelanjutan ini dibuat setelah baginda melihat dan mengamati senario semasa wabak virus COVID-19 dan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak berwajib bagi memutuskan rangkaian penularan wabak berkenaan.

Menurut titah perutusan Tuanku Raja Perlis berkenaan, sekiranya penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dan diatasi dalam tempoh lebih awal, maka satu titah baharu akan dikeluarkan oleh baginda.

Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika mengulas titah baginda berpandangan, tindakan berkenaan adalah tepat ketika Perlis telah menjadi negeri yang tidak mempunyai kes aktif dan ini menjadi tanggungjawab semua untuk melipatgandakan usaha bagi memastikan tujuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mencapai maksud dan tujuannya.

"Tindakan pelanjutan ini adalah bertepatan dengan 'maslahah aamah' supaya dapat mengelakkan gelombang kedua COVID-19 daripada melanda negeri ini. Panduan kepada masyarakat dalam melaksanakan ibadah, khususnya dalam bulan ramadan bakal dikeluarkan untuk dijadikan rujukan," jelas beliau lagi.

Untuk rekod, Perlis telah menjadi negeri pertama yang mengumumkan pembatalan solat Jumaat pada 13 Mac 2020 melalui titah perutusan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs setelah diperkenankan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sebagai langkah untuk mengawal penularan pandemik wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Perlis juga merupakan negeri pertama di negara ini yang menutup masjid dan surau dari sebarang aktiviti kecuali untuk seruan azan dan jemaah oleh 3 orang pegawai masjid yang bertugas sahaja.

~SUMBER MAIPs~

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 450
Semalam 1090
Minggu Ini 1540
Bulan Ini 19436

Keseluruhan 3091729

   Masa Capaian : 0.87 saat    Kemaskini :  09/12/2024