5 Februari 2020 (Rabu) -Jabatan Mufti Negeri Perlis telah mengadakan Mesyuarat Panel Syariah Negeri Perlis Bil.1/2020 di Dewan Syura JAIPs, Kangar, Perlis. Mesyuarat bermula pada jam 8.30 Pagi dan berakhir pada 1.00 Petang.
Mesyuarat ini terbahagi kepada dua sesi perbincangan. Sesi pertama perbincangan mengenai Hukum Pengantin Lelaki Memakai Inai dan Hukum Wanita Haid Masuk Ke Dalam Masjid. Sesi yang pertama ini telah dibentangkan oleh YBhg. Ustaz Jasri Bin Mat Kasa.
Pada sesi yang kedua pula, perbincangan berkenaan Hukum Nasab Anak Zina Kepada Bapa Biologinya Yang Berkahwin Dengan Ibunya Selepas Melahirkannya dan Panduan Hukum Tentang Penukaran Nama Kerana Sebab Tertentu. Sesi yang kedua ini telah dibentangkan oleh YBhg. Ustaz Muhammad Muthi'ul Haqq Bin Fatah Yasin.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Mufti Negeri Perlis YBhg. Ustaz Roslan Bin Esa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 Petang.