• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis

Kunjungan Hormat Daripada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis

Kangar, 20 Mei 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis, YBrs. Puan Noraini binti Mohd Nawi, pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Ketibaan Pengarah JPJ Negeri Perlis bersama beberapa pegawai JPJ telah disambut oleh Mufti Negeri Perlis, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, serta barisan pegawai Jabatan Mufti Negeri Perlis. Dalam sesi berkenaan, Mufti Negeri Perlis turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YBrs. Puan Noraini sebagai Pengarah JPJ Negeri Perlis yang baharu.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar pandangan berkaitan isu-isu semasa yang berlaku, khususnya dalam konteks Negeri Perlis.

Pihak Jabatan Mufti Negeri Perlis turut menyatakan keterbukaan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang yang berkaitan, terutamanya dalam aspek kefatwaan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai penganjuran program bersama bagi mengukuhkan hubungan dan kolaborasi strategik antara agensi.

Sebagai simbolik penghargaan, sesi penyerahan cenderahati turut diadakan kepada YBrs. Puan Noraini binti Mohd Nawi serta pegawai-pegawai JPJ yang hadir.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 90
Semalam 581
Minggu Ini 90
Bulan Ini 8681

Keseluruhan 3247558

   Masa Capaian : 0.90 saat    Kemaskini :  11/7/2025