• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Khutbah Negeri Perlis: Menghayati Hari-Hari Terakhir Ramadan

Khutbah Negeri Perlis: Menghayati Hari-Hari Terakhir Ramadan
Kangar, 21 Mac 2025 – Jabatan Mufti Negeri Perlis mengingatkan umat Islam tentang kepentingan menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan amalan soleh. Ingatan ini disampaikan melalui khutbah Jumaat bertajuk Menghayati Hari-Hari Terakhir Ramadan.
 
Menurut khutbah tersebut, beberapa amalan yang digalakkan termasuklah menunaikan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah di masjid serta beriktikaf. Selain itu, umat Islam di negeri Perlis juga disarankan untuk menyertai program Raudhatul Iktikaf yang dianjurkan di Masjid Alwi, Kangar sepanjang sepuluh malam terakhir Ramadan.
 
Khutbah tersebut turut menekankan kepentingan mencari Lailatulqadar, malam penuh keberkatan yang dirahsiakan oleh Allah SWT sebagai ujian bagi mereka yang beriman. Umat Islam digalakkan untuk meningkatkan ibadah, memohon keampunan, dan mencari keredaan Allah pada malam tersebut.
 
Masa yang berlalu dengan pantas menjadi peringatan bahawa Ramadan bakal berakhir. Oleh itu, khutbah menyeru umat Islam agar merebut peluang yang masih berbaki untuk meraih rahmat dan kasih sayang Allah SWT sebelum Ramadan meninggalkan kita. 
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 54
Semalam 691
Minggu Ini 3058
Bulan Ini 15879

Keseluruhan 3179033

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  16/4/2025