• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Program Jom Ramadan Di Perlis Bermula Meriah

Program Jom Ramadan Di Perlis Bermula Meriah

KANGAR, 2 Mac 2025 – Program Jom Ramadan di Perlis telah bermula dengan penuh keberkatan pada hari ini di Masjid Alwi, Kangar. Program yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini dirangka dengan pelbagai aktiviti keagamaan bertujuan mengimarahkan bulan suci serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.

Program ini adalah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), dan Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ).

Program dimulakan dengan sesi Qiyam yang dihadiri oleh jemaah dari pelbagai lapisan masyarakat. Slot tadarus al-Quran pula menjadi penutup setiap hari, memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan bacaan serta pemahaman mereka terhadap kitab suci al-Quran.

Hari pertama program menyaksikan sambutan yang amat menggalakkan, khususnya ketika sesi Iftar Secara Berjemaah. Perkarangan masjid dipenuhi dengan kehadiran jemaah yang ingin bersama-sama menikmati juadah berbuka dalam suasana penuh harmoni dan kesyukuran.

Pengarah program, YBhg. Ustaz Mohd. Shahril bin Mohd. Shukri, berkata program ini diadakan bukan sahaja untuk menggalakkan ibadah sepanjang Ramadan, tetapi juga untuk menyemai semangat perpaduan serta kasih sayang dalam komuniti. “Kami amat berbesar hati melihat penyertaan masyarakat yang begitu menggalakkan. Diharapkan program ini dapat terus memberi manfaat kepada semua sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya.

Masjid Alwi dijangka terus menjadi tumpuan sepanjang Ramadan dengan pelbagai aktiviti seperti ceramah agama, iftar dan sahur, serta program kebajikan yang turut disusun bagi memastikan keberkatan Ramadan dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Orang ramai dijemput untuk menyertai program ini dan bersama-sama meraih keberkatan di bulan yang mulia ini.
Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 173
Semalam 571
Minggu Ini 1526
Bulan Ini 10117

Keseluruhan 3248994

   Masa Capaian : 0.84 saat    Kemaskini :  14/7/2025