• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Membuat Perubahan Diri Kearah Lebih Baik

Membuat Perubahan Diri Kearah Lebih Baik

Kangar, 3 Januari 2025: Bersempena dengan minggu pertama tahun 2025, Jabatan Mufti Negeri Perlis mengetengahkan tajuk “Membuat Perubahan Diri Ke Arah Lebih Baik” sebagai fokus khutbah Jumaat. Tajuk ini membawa mesej penting mengenai keperluan usaha peribadi untuk mencapai kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

Khutbah tersebut menegaskan bahawa Islam adalah agama yang sempurna, yang membimbing manusia kepada kejayaan sejati. Dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman bahawa perubahan hanya akan berlaku apabila manusia berusaha memperbaiki diri dan masyarakatnya

Mimbar juga turut menyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan dalam kehidupan antaranya memperbaiki hubungan dengan Allah SWT,  mempertingkatkan keilmuan, memperbaiki akhlak dan sentiasa bermuhasabah diri terhadap perkara yang dilakukan. Perkara ini penting untuk diberikan penekanan untuk manfaat diri dan umat secara umumnya. Khutbah juga menekankan bahawa setiap langkah ini memerlukan usaha dan komitmen yang berterusan. Dengan izin Allah SWT, segala usaha yang dilakukan akan membawa keberhasilan.

Mimbar Jumaat turut memperingatkan jemaah mengenai bulan Rejab, salah satu daripada bulan-bulan haram dalam Islam. Dalam bulan ini, umat Islam dituntut untuk menjauhi segala bentuk dosa, sama ada dosa besar mahupun kecil, kerana akibatnya lebih berat dibandingkan dengan bulan lain. Dalam masa yang sama, umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amal soleh seperti, bersedekah dengan membantu golongan yang memerlukan, berzikir dan beristighfar memohon keampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Amalan-amalan ini bukan sahaja membawa keberkatan, malah pahala kebaikan juga akan dilipatgandakan dalam bulan haram seperti bulan Rejab.

Perubahan ke arah kebaikan memerlukan kesungguhan, tekad, dan pengorbanan. Namun, dengan usaha yang berterusan dan pergantungan kepada Allah SWT, kita mampu meraih kehidupan yang lebih baik, bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada mesej khutbah ini dan menjadikannya panduan dalam menjalani kehidupan harian.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 703
Semalam 885
Minggu Ini 1588
Bulan Ini 15140

Keseluruhan 3152649

   Masa Capaian : 0.78 saat    Kemaskini :  17/3/2025