• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Jabatan Mufti Negeri Perlis Sambut Kunjungan YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli Sempena Program Jelajah Ilmu 2024

Jabatan Mufti Negeri Perlis Sambut Kunjungan YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli Sempena Program Jelajah Ilmu 2024

Kangar, 27 Disember– Jabatan Mufti Negeri Perlis dengan penuh penghormatan telah menerima kunjungan YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri, anggota Majlis Hukamak Muslimin, sempena Program Jelajah Ilmu 2024 yang berlangsung di negeri ini. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman agama serta menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat.  

Antara pengisian utama siri jelajah ini ialah Kuliah Subuh Khas yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli di Masjid Al-Arifin, Padang Katong, di mana YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli berkongsi nasihat dan panduan yang relevan untuk kehidupan beragama.   Kuliah tersebut mendapat sambutan hangat daripada jemaah yang hadir bagi mendengar perkongsian ilmu daripada tokoh ulama negara.  

Program diteruskan dengan Ijtima’ Jumaat Khas di Masjid Alwi, Kangar, di mana YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli menyampaikan ceramah bertajuk "Fiqh Al-Taysir: Keanjalan Islam Dalam Amalan". Ceramah ini memberi pencerahan tentang fleksibiliti syariat Islam dalam menguruskan cabaran hidup tanpa mengetepikan prinsip asas agama.  

Kemuncak program ialah khutbah Jumaat yang disampaikan oleh beliau di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar. Antara intipati khutbah ialah seruan untuk menjadikan tahun baru 2025 sebagai peluang untuk memperbaharui azam, meningkatkan kualiti ibadah, dan memanfaatkan setiap peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.  

Jabatan Mufti Negeri Perlis amat menghargai kesudian YBhg. Dato' Seri Dr. Zulkifli menjayakan siri jelajah ini. Kehadiran beliau bukan sahaja mengukuhkan hubungan dengan masyarakat tetapi juga memperkayakan usaha dakwah dan penyebaran ilmu di negeri ini.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 683
Semalam 885
Minggu Ini 1568
Bulan Ini 15120

Keseluruhan 3152629

   Masa Capaian : 0.77 saat    Kemaskini :  17/3/2025