• Nikmat Allah
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 25 April 2024
    Antara kesalahan insan apabila dia menganggap nikmat ALLAH itu hanya pada pakaian, makanan, tempat tinggal, kenderaan, harta dan duit sahaja. Dia lupa bahawa segala yang ada pada dirinya itu merupakan nikmat ALLAH. Samada yang zahir ataupun yang batin. Kesihatan, keamanan, keselamatan, kesembuhan, cinta, kasih, akal, ilmu pengetahuan, anak isteri dan seumpamanya merupakan nikmat yang besar yang tidak ternilai dengan harta dan wang. Lebih besar daripada itu; iman,... Baca Seterusnya

Bengkel Perancangan Jabatan Mufti Bagi Tahun 2025

Bengkel Perancangan Jabatan Mufti Bagi Tahun 2025

18 Disember 2024 : Bengkel perancangan Jabatan Mufti Negeri Perlis telah diadakan dengan jayanya. Bengkel ini bertunjangkan visi, misi dan objektif jabatan yang berteraskan memberi perkhidmatan yang cemerlang dalam pengurusan fatwa dan pandangan hukum syarak, pengendalian urusan falak syarie dan sumber maklumat serta pengurusan hal ehwal Jabatan Mufti Perlis, demi memelihara kewibawaan syariat dan seterusnya menghayati ajaran Islam berteraskan kefahaman al Quran dan as Sunnah yang sebenarnya dalam seluruh aspek kehidupan bagi mencapai keredhaan Allah.

Bengkel yang berlangsung sehari ini dianjurkan oleh Bahagian pentadbiran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan telah dihari oleh semua kakitangan jabatan. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Mufti Negeri Perlis. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang berusaha degang gigih bagi dalam melaksanakan tugasan pada tahun 2024. 

Mufti Negeri Perlis juga turut menyuntik semangat baharu kepada semua kakitangannya agar sentiasa berusaha dalam memajukan diri dan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Menurut beliau lagi, kejayaan dalam menghasilkan program-program besar bukannya suatu perkara yang mudah, namun atas pengorbanan dan semangat kerjasam kita mampu menjayakannya. 

Jabatan Mufti Negeri Perlis akan terus melangkah kehadapan dan sentiasa bergerak menjadi sebuah organisasi yang unggul untuk memartabatkan syariat Islam dalam Masyarakat dan negara.

Image

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 146
Semalam 571
Minggu Ini 1499
Bulan Ini 10090

Keseluruhan 3248967

   Masa Capaian : 0.79 saat    Kemaskini :  14/7/2025