• Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH
    Information
    Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin | 08 Februari 2023
    Tiada Penghalang Antara Insan Dengan ALLAH Antara rahmat ALLAH terhadap seluruh hambaNYA ialah ALLAH tidak meletakkan penghalang atau batasan untuk setiap hamba berbicara denganNYA. Bahkan, tiada masa atau tempat yang boleh menahan munajat, rintihan atau bisikan seorang hamba kepada tuhannya. Allah Maha Mendengar sekalipun tiada suara yang keluar. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Adil dalam menentukan kedudukan setiap aduan hambaNYA. DIA telah menerima permohonan Iblis... Baca Seterusnya

Benarkah Allah Tidak Akan Menerima Solat Seseorang Dalam Keadaan Makmum Membenci Imam

Soalan: Saya mempunyai satu soalan. Benarkah Allah tidak akan menerima solat seseorang dalam keadaan makmum membenci imam. Apa pandangan Dato'?

Jawapan:

Orang fasik dan jahil yang tidak ada kelayakan menjadi imam serta dalam keadaan dia tidak disukai oleh majoriti makmum, makruh baginya menjadi imam dalam keadaan tersebut.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi , Rasulullah bersabda:

Maksud : “ 3 golongan yang solat mereka tidak naik melebihi telinganya: hamba yang lari dari tuannya hingga dia kembali, wanita yang tidur pada waktu malam hari sementara suaminya marah kepadanya, dan imam bagi sesebuah jamaah, dalam keadaan para jemaah (makmum) membencinya.”

Pandangan Al-Khattabi berkaitan hadith ini adalah berkaitan imam yang tidak ada kemampuan dan kelayakan untuk menjadi imam. Namun ia tetap berkeinginan menjadi imam dalam keadaan makmum tidak menyukainya.

Para fuqaha Syafieyah mengatakan makruh bagi imam itu mengimami jemaah tersebut. Sebahagian fuqaha menafsirkan jika imam itu soleh serta berkelayakan, maka tidak termasuk dalam hadith di atas jika ia tidak disukai oleh makmum.

Ini berkaitan jika makmum itu sendiri bermasalah dari segi sikap atau mempunyai penyakit jiwa yang tiada asas untuk tidak menyukai imam tersebut.

Jawapan dijawab secara lisan oleh:

S.S Prof. Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

(Mufti Negeri Perlis)

JABATAN MUFTI

PAUTAN KERAJAAN

PAUTAN DALAMAN

STATISTIK

Hari Ini 142
Semalam 1899
Minggu Ini 142
Bulan Ini 7057

Keseluruhan 2133220

   Masa Capaian : 0.86 saat    Kemaskini :  01/12/2023